Mas Idayu – Saya Bahagia, Jangan Buat Andaian Yang Bukan
Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergolak
Mas Idayu – Saya Bahagia, Jangan Buat Andaian Yang Bukan
Penyanyi Mas Idayu tampil menjawab dakwaan rumah tangga yang baru dibina pada 16 September lalu sedang bergolak.
Jangan buat cerita
https://www.instagram.com/reel/CjxW1i6pckS/
Menerusi video di Instagram (IG), Mas Idayu menegaskan mahligai bersama suami, Muhammad Sufian Che Isa berada dalam keadaan baik sahaja.
Kata penyanyi berumur 50 tahun itu, tindakan blog hiburan mendakwa rumah tangganya sedang goyah itu dilihat seperti menumpang populariti.
Saya sakit hati dan kecewa sangat, saya dapat berita dari fans saya tentang tajuk sebuah portal ‘baru bahagia takkan dah berduka.’
Tiada apa, saya okay je. Jangan buat cerita apa-apa. Saya tidak boleh terima apa yang korang tulis. Saya okay je bahagia. Inai pun tak hilang lagi jangan buat andaian yang bukan.
Saya rasa tidak perlu korang menumpang populariti hanya nak naikkan page, tak kena tak sesuai.
Kapsyen tak ada kaitan
Tambah pemilik nama Masidayu Mesnun, kapsyen ‘Berselindung di balik senyum dan tawa.. saya okay’ itu sama sekali tidak ada kaitan dengan dirinya.
Sebaliknya, dia sememangnya suka berkongsi kapsyen gembira, sedih dan kelakar di media sosial.
Sebenarnya sejak dulu saya suka berkongsi cerita sedih, gembira atau kelakar. Tapi saya tidak terlibat dengan kapsyen itu!
Saya okey sahaja, kalau nak tahu apa-apa tanya dahulu, kalau kami nak berkongsi okey, kalau tidak maknanya itu hal personal.
Benda yang saya tak kongsi korang boleh tahu, korang duduk dalam kain saya ke?
Dalam pada itu, pelantun lagu Cintaku 100% menyatakan dia dan suami tidak mempunyai masa untuk melayan gosip liar memandangkan mereka sibuk dengan tuntutan kerja.
Kami sangat-sangat sibuk dengan kerja. Seminggu ni saya betul-betul sibuk dan tiada masa nak layan cerita bodoh ni. Doakan yang baik-baik.
Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001, pada 16 September lalu.
Terdahulu, Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Sumber: Instagram @masidayu1001
Mas Idayu – Saya Bahagia, Jangan Buat Andaian Yang Bukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :