Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp

Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp

Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp
Muhammad Azib melihat peralatan rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat letupan tong gas petroleum cecair (LPG) pagi tadi. – Foto BERNAMA

TASEK GELUGOR: “Saya terus terjaga daripada tidur kerana terperanjat apabila bumbung dan siling rumah menghempap badan, sebelum terdengar jeritan kakak meminta tolong dari tingkat bawah. Dalam keadaan cemas, isteri memberitahu api menyambar badan kakak. Saya terus bergegas mendapatkan kakak dan terkejut melihat keadaannya melecur teruk di seluruh badan.”

Detik insiden itu dikongsikan Muhammad Azib Muhamad, 25, adik kepada bakal pengantin, Siti Hajar Hanis Muhamad, 26, yang melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediaman mereka di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.

Muhammad Azib berkata, beliau mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu dan baru pulang ke rumah itu dari Raub, Pahang, malam tadi, setelah selesai majlis perkahwinan sebelah isteri, Marsitah Md Zaki, 25, justeru tertidur selepas subuh akibat keletihan.



“Apabila melihat kejadian itu berlaku, saya terasa seolah-olah berada dalam mimpi, apatah lagi baru bangun daripada tidur. Saya kemudian terus mendapatkan pertolongan jiran serta bomba,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp
Muhammad Azib melihat kesan kejadian letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena. – NSTP/Danial Saad

Muhammad Azib berkata, beliau serta Siti Hajar Hanis tinggal bersama di rumah yang diberikan ibu bapa mereka sejak dua tahun lalu, dan kakaknya itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada Januari depan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beliau berkata, insiden itu turut menyebabkan kediaman dan pelbagai barangan di dalam rumah mereka mengalami kerosakan teruk, termasuk bumbung serta siling tercabut dan tingkap pecah, malah ada perkakas serta perabot terpelanting keluar.

Selain itu, katanya, kenderaan mereka yang diparkir di halaman rumah juga mengalami kerosakan akibat letupan gas memasak terbabit.



Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp
Kesan kejadian letupan tong gas petroleum cecair (LPG). – NSTP/Danial Saad

Muhammad Azib juga memberitahu, terdahulu beliau berhasrat membawa isteri bercuti ke Cameron Highlands sebelum pulang ke Pulau Pinang, malam tadi, namun tidak meneruskan rancangan itu kerana mahu berehat sebelum kembali bekerja, esok.

Sementara itu jiran mangsa, Nur Farina Sukri, 26, berkata beliau sekeluarga terkejut dan terus keluar dari rumah sebaik saja terdengar dentuman kuat di sebelah kediaman mereka.

“Apabila keluar, kami mendapati ramai jiran sudah berkumpul di hadapan rumah mangsa yang juga kawan saya. Kami memang terkejut melihat keadaan mangsa melecur hampir keseluruhan badan. Namun, semangatnya begitu kuat kerana masih boleh berjalan walaupun keadaan dia dilihat amat kritikal ketika itu,” katanya.

 



 

Russia tolak penetapan harga siling minyak

Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimp


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button