Liverpool pasukan hebat, akan bangkit semula

Paris: Liverpool mungkin bermula agak goyah pada musim ini, tetapi kelab itu tetap pasukan hebat dan akan bangkit semula, kata bekas penyerang mereka, Sadio Mane.

“Penurunan prestasi boleh berlaku kepada mana-mana pasukan,” kata Mane yang kini bersama Bayern Munich kepada Reuters selepas memenangi Anugerah Socrates pada Majlis Ballon d’Or 2022 berikutan sumbangannya di luar padang.

Liverpool merangkul kemenangan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, apabila menang 1-0 di tempat sendiri ke atas Manchester City menerusi jaringan Mo Salah.



Kemenangan itu cukup bermakna susulan aksi bertenaga, sekali gus menyaksikan City yang juga juara bertahan mengalami kekalahan pertama musim ini.

“Mereka bermain dengan pemikiran yang hebat. Ia menunjukkan mereka adalah pasukan hebat. Liverpool tetap sentiasa Liverpool,” kata Mane, 30, yang juga pemain antarabangsa Senegal.

Liverpool kini menduduki tangga kelapan liga dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal dan 10 mata di belakang City yang menduduki tempat kedua.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading