2 Agen MOSSAD Yang Di Tangkap Di Percayai Ada Kaitan Dengan PKR
2 Agen MOSSAD Yang Di Tangkap Di Percayai Ada Kaitan Dengan PKR
Gempar satu Malaysia apabila tular berita mengenai penangkapan 11 orang rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi aset badan perisikan Israel atau MOSSAD.
2 dari mereka yang ditangkap itu dipercayai adalah penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat atau PKR.
Kedua mereka adalah sepasang suami isteri, Raibafie bin Amdan (39) dan Nidarahayu Zainal (34).
Namun begitu dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, telah menafikan bahawa kedua mereka adalah ahli PKR.
Mungkin benar kedua-dua mereka tidak pernah mendaftar sebagai ahli PKR.
Tetapi secara logiknya tidak akan ada mana-mana aset MOSSAD yang akan mendaftarkan nama mereka dengan mana-mana parti politik.
Kerana itu akan mendedahkan identiti mereka.
Tetapi yang ingin penulis nyatakan di sini ialah dari hantaran-hantaran yang dibuat oleh kedua-dua mereka, boleh disimpulkan mereka mempunyai hubungan dengan PKR.
Ringkasan Kejadian Culik
Berikut dicatatkan secara ringkas kejadian yang berlaku yang membabitkan penculikan seorang warga Palestin:
28 September lalu, 2 warga Palestin singgah Avenue K Mall untuk makan malam.
Dalam perjalanan ke tempat letak kereta di Star Residences Two, tiba-tiba empat warga Malaysia datang menyerang.
Empat warga Malaysia yang menyerang itu dipercayai aset MOSSAD dan kedua-dua warga Palestin itu dipercayai adalah agen al-Qassam.
Penyerang berjaya menculik seorang, manakala seorang lagi sempat lari dan meminta pertolongan di Ascott Star Hotel.
Warga Palestin yang selamat itu telah membuat laporan polis di Stesen Dang Wangi.
Mangsa yang diculik itu dilapurkan telah di bawa ke Hulu Langat, Selangor.
Empat warga Malaysia yang menculik telah membuat panggilan video dengan menggunakan ‘secure line’ terus ke Israel.
2 kesilapan besar yang dilakukan oleh aset MOSSAD itu telah membuatkan pihak PDRM berjaya mengesan jejak mereka dengan masa yang cukup singkat.
Sewaktu penculikan mereka telah mendedahkan wajah mereka dan mereka juga tidak menutuk nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan.
Setelah lokasi kereta tersebut di kenal pasti berada di salah sebuah chalet di Hulu Langat, pihak PDRM telah membuat serbuan dan menyelamatkan mangsa culik tersebut.
Kegagalan paling besar yang mereka lakukan ialah apabila tidak dapat menculik ‘target’ yang seorang lagi yang dikatakan adalah target utama.
Kejadian ini telah menguatkan lagi persepsi rakyat mengenai kaitan PKR dengan Israel.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim sendiri sememangnya dilihat sebagai seorang yang mesra kepada negara Yahudi tersebut.
Baca di sini:
Memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, PKR mesti membuat penjelasan mengenai hubungan mereka dengan Israel.
Sumber:
2 Agen MOSSAD Yang Di Tangkap Di Percayai Ada Kaitan Dengan PKR
Di Syorkan Untuk Anda:
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen