Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu

Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu

Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu

 

Sabtu lalu, secara rasminya Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan, calon BN/PH, Pang Sock Tao, telah dipilih senagai ADUN Kuala Kubu Baharu.

Beliau yang memperolehi 14,000 telah menewaskan 3 orang calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil yang sama.



Calon daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi, manakala 2 lagi calon, Hafizah Zainuddin (PRM), 152 undi dan Nyau Ke Xin (Bebas), 188 undi.

Pada pandangan penulis, punca utama kepada kekalahan Perikatan Nasional adalah kerana mereka gagal memberikan pilihan yang baik kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Kempen Perikatan Nasional lebih banyak menyerang peribadi calon dan memainkan isu perkauman atau lebih tepat lagi isu 3R.

UMNO tidak meletakkan sebarang calon, tetapi serangan terhadap UMNO dilakukan bertubi-tubi dengan cuba memainkan naratif UMDAP.



Serangan peribadi terhadap calon DAP/PH dimainkan dengan mengecam calon DAP memakai tudung ketika berkempen.

Tetapi akhirnya memakan diri sendiri apabila diviralkan pula presiden Gerakan memakai songkok Melayu ketika berada di bilik gerakan Perikatan Nasional.

Kredibiliti dan integriti kerajaan cuba dicalarkan dengan isu DNAA DS Zahid.

Tetapi mereka lupa, pengerusi Perikatan Nasional yang juga presiden PPBM, Muhyiddin, sendiri sedang menghadapi 7 pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah.



Malah, presiden PAS, Hadi Awang, sendiri pernah dikaitkan dengan rasuah pengundi PRU 15.

Menantu beliau juga sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Tidak kurang juga menantu Muhyiddin yang kini hidup dalam pelarian kerana takut menghadapi kes rasuah.

Rakyat mahu mendengar apa yang boleh Perikatan Nasional lakukan sekiranya diberikan mandat.



Bukannya cerita dongeng yang penuh dengan maki hamun dan penipuan.

Mesej yang Perikatan Nasional berikan kepada rakyat sangat jelas, mereka adalah parti yang tidak mempunyai halatuju.

Yang mereka ada hanyalah kebencian dan pemikiran politik yang sempit.

 



Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button