Van terbabas, 10 pekerja kilang cedera

NIBONG TEBAL: Sepuluh pekerja kilang termasuk seorang pemandu cedera selepas van dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 151.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Tambun Juru, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pegawai Bomba Kanan (PBKII) Azhar Samsudin, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.38 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, sebuah van didapati terbabas dan melanggar tiang.



“Insiden itu menyebabkan pemandu van tersepit di dalam kenderaan, dua mangsa patah anggota badan manakala tujuh lagi mangsa cedera ringan.

“Pasukan penyelamat kemudian melakukan kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7.34 pagi.” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya, untuk rawatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.47 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button