TikTok kemungkinan didenda langgar privasi kanak-kanak

TikTok kemungkinan didenda langgar privasi kanak-kanak

TikTok kemungkinan didenda langgar privasi kanak-kanak
Gambar hiasan

London: TikTok berdepan kemungkinan denda di Kesatuan Eropah (EU) berjumlah jutaan dolar kerana melanggar privasi kanak-kanak, seperti yang diumumkan oleh pengawal perlindungan data blok itu.

Lembaga Perlindungan Data Eropah mengeluarkan keputusan muktamad berhubung pengendalian data kanak-kanak oleh platform itu, lapor Agensi Anadolu.

Denda itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh empat minggu akan datang.



Keputusan itu berpunca daripada siasatan yang dilancarkan pada 2021 oleh pesuruhjaya perlindungan data di Ireland dan menilai pematuhan TikTok terhadap peraturan perlindungan data EU dan amalannya terhadap data individu berumur 13-17 tahun.

Selaras dengan Akta Perkhidmatan Digital EU, platform dalam talian utama termasuk TikTok, Google dan Facebook akan bertanggungjawab untuk memantau dan mengalih keluar kandungan terlarang daripada platform mereka, tidak membenarkan kaedah pengiklanan tertentu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan berkongsi data.

TikTok kemungkinan didenda langgar privasi kanak-kanak


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading