Muhyiddin Tidak Akan Bertanding Di PRU 15

Muhyiddin Tidak Akan Bertanding Di PRU 15

Muhyiddin Tidak Akan Bertanding Di PRU 15

Dari sumber dalaman PPBM memaklumkan kepada penulis, besar kemungkinan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin tidak bertanding di PRU 15.

Sumber memaklumkan, Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan untuk mempertahankan kerusi parlimen Pagoh yang beliau menangi di PRU 14 lepas.



Untuk rekod, dalam PRU 14, Muhyiddin mendapat 23,558 undi menewaskan calon BN, Ismail Mohamed yang mendapat 16,631 undi dan calon PAS, Ahmad Nawfal mendapat 2,483 undi.

Muhyiddin memenangi parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/1/P.143



Keputusan untuk tidak mempertahankan parlimen Pagoh dikatakan dibuat atas beberapa faktor:

  • Undi pengundi bukan Melayu yang Muhyiddin perolehi di PRU 14 sudah pasti akan berpecah kepada BN, PH dan PN.
  • Manakala undi pengundi Melayu pula akan berpecah kepada BN, PH dan PN.
  • Undi dari pengundi PAS (hanya 2,483 undi) tidak cukup untuk menjamin kemenangan Muhyiddin dalam PRU 15.

Penulis juga difahamkan, ada ura-ura untuk Muhyiddin bertanding di parlimen Muar untuk merampas kerusi tersebut dari Syed Saddiq.

Di dalam PRU 14, Syed Saddiq memenangi kerusi parlimen Muar di atas tiket Pakatan Harapan yang menggunakan logo PKR.

Namun hasrat Muhyiddin itu dibatalkan selepas dapatan culaan yang dibuat di parlimen Muar mendapati populariti Muhyiddin berada di belakang Syed Saddiq.



Apa Helah Muhyiddin Kali Ini?

Untuk rekod, di dalam PRN Johor yang diadakan, Muhyiddin tidak berani bertanding untuk mempertahankan DUN Gambir yang beliau menangi dalam PRU 14.

Alasan yang beliau gunakan ialah untuk menumpukan perhatian kepada pentadbiran dan pengurusan di peringkat pusat.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/01/prn-johor-muhyiddin-tidak-pertahan-dun-bukit-gambir/



Namun realitinya ialah beliau tidak mempunyai keyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Gambir.

Ini terbukti apabila calon dari Barisan Nasional, Sahrihan Jani, berjaya menewaskan 3 calon lain dari PN, PKR dan Pejuang.

Sahrihan berjaya merampas DUN Gambir dengan majoriti 3,146 undi.

Baca di sini:



https://dashboard.spr.gov.my/#!/dun/01/N.09

Kini, apa pula alasan yang akan digunakan oleh Muhyiddin untuk tidak bertanding di dalam PRU 15?

Sumber memaklumkan, besar kemungkinan, Muhyiddin akan menggunakan alasan kesihatan untuk mengelakkan dari mendapat aib di PRU 15 nanti.

 



Muhyiddin Tidak Akan Bertanding Di PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading