38 PATI tanpa permit sah ditahan di Johor

Oleh – Syeikh Baran


38 PATI tanpa permit sah ditahan di Johor
SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor baru-baru ini

Seramai 38 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu di beberapa daerah yang dijalankan pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir berkata, kesemua PATI yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun ditahan di daerah Muar, Batu Pahat, Mersing dan Segamat.



Beliau berkata, mereka yang ditahan tidak mempunyai pas atau permit sah,tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas ditetapkan.

“Mereka yang ditahan melibatkan lima lelaki Bangladesh, sembilan lelaki dan lapan wanita Indonesia, lima lelaki Pakistan, dua lelaki India serta enam lelaki dan tiga wanita Myanmar.

“Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigrsen 1963,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baharuddin memberitahu, salah seorang lelaki Bangladesh yang ditahan itu juga disiasat mengikut seksyen 55E kerana membenarkan PATI masuk atau tinggal di dalam premis.



Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh disiasat mengikut seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 959/63, manakala seorang lelaki Indonesia disiasat mengikut seksyen 55B(1) akta sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading