Ringgit mungkin melepasi paras RM4.50



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kewujudan semula minat belian walaupun unit negara maju itu terus mengukuh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4885/4915 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata ketika ini dolar AS mencatatkan sentimen kukuh susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell yang menegaskan kadar faedah bagi dolar AS akan kekal meningkat untuk tempoh yang belum dapat dikenal pasti.

“Dari sudut pandangan teknikal, dolar AS berada pada paras tinggi sepanjang masa berbanding ringgit dan memandangkan pergerakan meningkat sejak beberapa bulan lalu, USD/MYR dijangka tidak mungkin melepasi paras 4.50,” katanya.



Dalam negara, Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang dikeluarkan semalam menunjukkan inflasi di negara ini adalah seiring dengan jangkaan pelabur pada 4.4 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2125/2151 daripada 3.2100/2126 sewaktu ditutup semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.2518/2553 daripada 5.2439/2474 dan turun berbanding euro kepada 4.4843/4873 daripada 4.4705/4735 semalam.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2359/2385 daripada 3.2385/2409 pada Isnin.



-BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker