UM buat laporan polis, nafi dakwaan curi hasil penyelidikan calon Phd

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis susulan video tular di media sosial mengenai seorang pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Pejabat Komunikasi Korporat UM memaklumkan, laporan polis dibuat di Brickfields itu bertujuan menafikan dakwaan dibuat pelajar dari Yaman berusia 34 tahun itu.

Selain itu, katanya pihak universiti turut mengkaji tindakan perundangan bersesuaian terhadap pelajar antarabangsa itu.



“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

“Bagaimanapun (dalam isu ini) universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, calon PhD terbabit, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Dalam pada itu, UM turut memaklumkan bahawa pihaknya juga mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu calon terbabit.



Bagaimanapun, katanya, calon itu didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh lanjutan yang diberi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu.

“Ada (terima laporan), tetapi kes dirujuk ke Cheras,” katanya ringkas.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading