Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

 

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Mahu atau tidak, suka atau tidak, PRU 15, In Sya Allah akan diadakan pada 19 November 2022.



Parti politik di Malaysia mesti membuat persiapan ke tahap maksima untuk memasuki gelanggang PRU 15.

Ini berikutan pemakluman pembubaran parlimen sudah pun dilakukan oleh Perdana Menteri setelah mendapat perkenan YDP Agong dan berkuatkuasa pada 10 Oktober 2022.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga sudah mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU dan 19 November telah ditetapkan sebagai hari membuang undi bagi PRU 15.

Namun, ada pihak yang masih lagi cuba menggunakan alasan banjir untuk menggambarkan kerakusan dan kezaliman musuh politik mereka.



Tidak memikirkan nasib rakyat yang akan menghadapi banjir besar, sengaja mengadakan PRU 15 di musim banjir supaya peratus pengundi yang membuang undi rendah dan pelbagai alasan lagi.

Persoalannya, apakah alasan banjir hanyalah retorik politik mereka atau sememangnya fakta yang berasas untuk menyokong tuduhan mereka?

Persiapan Menghadapi Banjir Sudah Di Lakukan Sebelum Pembubaran Parlimen

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Malaysia berada dalam kumpulan negara yang mempunyai iklim khatulistiwa, ini bermaksud Malaysia menerima hujan dan panas sepanjang tahun.



Namun begitu, tidak dapat dinafikan, menjadi kelaziman pada penghujung tahun, negara kita akan mengalami musim tengkujuh.

Tetapi, musim tengkujuh di Malaysia tidak bermaksud satu negara akan ditenggelami air banjir.

Benar, akan ada beberapa bahagian di Malaysia akan mengalami banjir pada musim tengkujuh.

Tetapi kelazimannya, paling lama banjir akan melanda selama satu minggu.



Juga benar, akan berlaku kemusnahan harta benda, malah nyawa yang akan terkorban.

Tetapi sebagai negara yang hampir setiap tahun kita mempunyai pengalaman yang cukup untuk meminimakan kesan banjir kepada rakyat.

Kita mempunyai NADMA, Jabatan Bomba & Penyelamat, ATM, PDRM dan juga NGO yang sentiasa bersiap siaga utnutk menghadapi banjir.

Malah sebelum pembubaran parlimen, Ismail Sabri sudah pun mengarahkan jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah diaktifkan segera untuk menghadapi bencana banjir.



Baca di sini:

https://www.malakattribunenews.com/2022/09/ramalan-banjir-november-pm-arahkan-jawatankuasa-pengurusan-bencana-daerah-diaktifkan-segera/

Ini bermakna, segala tuduhan bahawa PRU 15 mahu diadakan tanpa mengambilkira keselamatan rakyat adalah tuduhan liar.

Rasionalnya, apakah ada jaminan sekiranya PRU 15 tidak diadakan pada tahun ini, maka banjir tidak akan berlaku?



Juga yang perlu difikirkan ialah, apakah ada jaminan sekiranya PRU 15 diadakan tahun hadapan maka Malaysia akan bebas sepenuhnya dari banjir?

Jangan lupa, fakta menunjukkan, kesemua banjir besar mula melanda selepas minggu kedua bulan Disember.

Baca di sini:

1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-besar-2014-di-kelantan-mungkin-berulang-193010

2) https://premium.sinarharian.com.my/article/180445/sinar360/infografik/infografik-peristiwa-banjir-besar-di-malaysia

3) https://orangkata.my/sejarah/lima-banjir-besar-yang-berlaku-kat-malaysia-libatkan-kerugian-besar/

Jangan lupa, tarikh mengundi untuk PRU 15 adalah pada 19 November 2022.

Mengapa PRU 15 Mesti Di Buat Tahun Ini

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Bank Dunia dan IMF meramalkan, bermula tahun hadapan, dunia akan mengalami krisis ekonomi global yang menakutkan.

Ianya bukan sahaja dari kesan pandemik Covid-19, tetapi peperangan Rusia dan Ukrain telah memburukkan keadaan.

Negara mesti membuat persedian yang cukup untuk meminimakan impak kesan kemelesetan ekonomi dunia terhadap rakyat dan negara.

Satu fakta yang berkait rapat dengan ekonomi negara adalah pada setiap tahun, bermula bulan November dan Disember, ‘fund manager’ syarikat gergasi dunia akan mencari prospek baharu pelaburan mereka.

Ketetapan prospek pelaburan akan dibuat pada penghujung bulan Disember setiap tahun kerana pelaburan akan mula dibuat pada awal Januari.

Sekiranya dengan keadaan politik yang tidak stabil dan tempoh pemerintahan sudah berada di hujung penggal, Malaysia tidak akan menjadi destinasi yang menarik perhatian mereka.

Pelaburan yang melibatkan ratusan juta atau mungkin puluhan bilion memerlukan ‘investment horizon’ yang selesa untuk memberikan pulangan kepada pelabur.

Tidak akan ada pelabur yang mahu melabur di dalam negara yang dikenalpasti tempoh pemerintahan kerajaannya akan berakhir dalam jangkamasa kurang satu tahun.

Kerana pelaburan itu akan dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi.

Ini adalah kerana, kelazimannya, apabila berlaku pertukaran kerajaan, maka pelbagai dasar kerajaan akan bertukar.

Kehidupan Rakyat Akan Lebih Menderita Sekiranya PRU 15 Tidak Di Adakan Tahun Ini

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Cuba kita renungkan sebentar, apa akan jadi kepada rakyat dan negara ketika itu.

Dalam keadaan himpitan krisis ekonomi global yang akan membuatkan pelabur mengurangkan saiz pelaburan atau membawa keluar pelaburan, tidak ada pelaburan baharu yang kita terima.

Apabila pelabur membawa keluar pelaburan mereka, matawang ringgit akan dijual dan ini akan menyebabkan lambakan ringgit di pasaran kewangan.

Akibatnya, nilai ringgit akan terus jatuh dan akibatnya harga barangan impot Malaysia akan melonjak naik.

Jangan lupa 90% dari bahan makanan kita diimpot dari luar negara.

Dalam keadaan ketiadaan peluang pekerjaan baharu kerana tiada pelaburan baharu serta sebahagian dari yang mempunyai pekerjaan sekarang kehilangan kerja kerana saiz pelaburan dikecilkan, rakyat berhadapan pula dengan harga makanan yang melonjak naik.

Fikirkanlah apa akan jadi kepada rakyat dan negara ketika itu.

Adakah ketika itu kita mahu mengadakan pilihanraya dan mengenepikan penderitaan rakyat?

Buat Pilihan Yang Betul

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Untuk menjadi kerajaan yang benar-benar mantap dan sanggup menghadapi cabaran, ianya memerlukan mandat yang besar dari rakyat.

Sejarah politik Malaysia membuktikan, ahli politik kita belum bersedia untuk mentadbir di dalam kerajaan campuran atau kerajaan hibrid (gabungan beberapa parti yang bermusuhan).

Pakatan Harapan dibentuk dengan beberapa parti politik yang mempunyai sejarah permusuhan.

Begitu juga Perikatan Nasional, dan kedua-dua kerajaan yang ditubuhkan gagal berfungsi dengan baik, malah membuatkan rakyat makin menderita.

Manakala kerajaan Keluarga Malaysia juga mengamalkan konsep yang sama, cuma ia didokong oleh parti BN yang mempunyai banyak pengalaman dalam mentadbir negara.

Keadaan agak sedikit lebih baik dari PH dan PN, tetapi tidak cukup baik untuk membantu rakyat.

Oleh itu, rakyat MESTI memberikan mandat yang besar kepada parti yang sudah terbukti mampu mentadbir dan menguruskan negara dengan baik.

Jangan mengundi mengikut emosi atau terpedaya dengan tuduhan-tuduhan liar.

Ingat, undi yang kita berikan pada 19 November nanti akan menentukan untung nasib kita untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Selamat mengundi.

 

Banjir: Retorik Atau Fakta Untuk Menangguhkan PRU 15

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button