Suri rumah maut kereta dipandu suami hilang kawalan

KUALA LANGAT: Seorang suri rumah maut apabila kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer 37 Jalan Klang-Banting-Port Dickson dekat sini, semalam.

Mangsa, Samsiyah Hatwari, 50, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Rihdwan Mohd Nor@Salleh, berkata dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu, siasatan awal mendapati, Proton Wira dinaiki mangsa bersama suaminya dari arah Morib menghala ke Banting cuba memotong sebuah Toyota Vios.



“Ketika cuba memotong terdapat kenderaan datang dari arah bertentangan menyebabkan Proton Wira itu cuba masuk ke laluannya semula.

“Tindakan pemandu berusia 48 tahun itu menyebabkan Proton Wira berkenaan hilang kawalan dan berpusing lalu melanggar Toyota Vios terbabit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, suami mangsa serta satu lagi pasangan suami isteri iaitu pemandu dan penumpang Toyota Vios mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Banting.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan meminta saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mazrol Mohd Din (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 0111-8539115 atau 03-31872222.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading