Salahkan Salah!

London: Bekas pertahanan Liverpool, Glen Johnson berpendapat punca utama permulaan buruk Reds pada musim ini berpunca daripada penyerang sensasi mereka, Mohamed Salah.

Kelab Merseyside itu berdepan mimpi ngeri dalam tempoh beberapa bulan pertama kempen musim baharu selepas hanya menang empat daripada 11 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yang terbaru mengalami kekalahan memalukan apabila tewas 0-1 kepada kelab tercorot Nottingham Forest.

Prestasi hambar itu menyebabkan mereka menduduki tangga kelapan dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal. Ramai yang mencari punca kemerosotan Reds tetapi bekas pertahanan kanan, Johnson percaya Salah antara puncanya.



Bercakap kepada Midnite, Johnson yang kini berusia 38 tahun berkata: “Jika anda hanya melakukan empat hantaran dalam perlawanan, jelas ia berbentuk peribadi.

“Formasi tidak membolehkan anda memberikan bola begitu sahaja. Semua orang beraksi di bawah prestasi sebenar. Salah dan yang lain adalah pemain fantastik dan mereka akan mencari jalan untuk kembali menang perlawanan. Ramai daripada mereka tidak menjadi pada masa yang sama.

“Apabila dua atau tiga pemain utama tidak menyerlah, pemain lain turut bermasalah, begitu juga sebaliknya.”

Selain daripada Salah, Johnson turut mempunyai teori kemerosotan Liverpool dan diantaranya ialah penjualan Sadio Mane kepada gergsai Jerman, Bayern Munich.



Liverpool cuba mengembalikan semula momentum kemenangan di Liga Juara-Juara apabila berkunjung ke Amsterdam untuk menentang juara Eredivisie, Ajax sebelum berdepan Leeds United, hujung minggu ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button