Dua PPS di Padang Terap ditutup

Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Padang Terap ditutup sepenuhnya pada 1 tengah hari tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, ketika ini hanya satu PPS yang masih beroperasi iaitu di daerah Kubang Pasu.

Menurutnya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Perik dan SK Tualak yang sebelum ini menempatkan 76 mangsa daripada 23 keluarga ditutup sepenuhnya selepas air mulai surut.



“Bagaimanapun, PPS di SK Binjai di Kubang Pasu masih beroperasi dengan menempatkan 87 mangsa daripada 27 keluarga dari tiga kampung di Mukim Binjai.

“Setakat ini, pemantauan masih dilakukan anggota APM untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button