Pakatan Jahat Lakukan Pencerobohan Terhadap Institut Raja, Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Hasmuni Hasan berpandangan buku bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas merupakan satu pencerobohan dalam institusi Raja-raja Melayu, sistem kehakiman, perundangan dan melanggar perlembagaan negara.

Jelas beliau ianya merupakan satu ‘pakatan jahat’ diantara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara itu.

“Mereka telah memperdaya Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana ini bukan kehendak daripada Baginda. Dalam seksyen 120 A apabila dua orang atau lebih berpakat untuk menyalahi undang-undang ini adalah merupakan satu ‘pakatan jahat’ yang menderhaka kepada raja dan negara.



“Saya juga telah mengarahkan seluruh kepimpinan Pemuda UMNO negeri dan bahagian untuk membuat laporan terhadap pasukan petugas khas seperti dalam buku ‘My Stories Justice in the Wilderness’ tulisan bekas peguam negara. Ia akan dibuat di peringkat akar umbi dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Turut hadir Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, Fairuz Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya, A’zlan Abu Bakar.

Sementara itu Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berharap agar laporan itu segera disiasat demi sistem perundangan dan kehakiman negara.



“Kami juga berpendapat mengikut muka surat 34 ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan mereka ini dibuat secara ‘privately agreed’ dan menyeru pihak PDRM terutamanya pihak SPRM menyiasat dibawah akta 23.

“Adakah wujud imbuhan berkepentingan peribadi apabila pakatan jahat ini berlaku dan kita percaya adanya wujud ‘personal game’ terhadap percaturan pelantikan kehakiman ini,” tegasnya.

Berikut kenyataan laporan Polis oleh Pemuda UMNO Malaysia

Saya merujuk kepada Laporan Petugas Khas buku Tommy Thomas “Justice in the Wilderness” yang telah di declassified oleh Perdana Menteri baru baru ini, di bahagian “Evaluation of Allegation” dimuka surat 34, laporan itu menyatakan bahawa Suruhanjaya Perlantikan Kahakiman pada 24hb Mei 2018 telah memilih dan mencalonkan nama nama berikut untuk menyandang 3 jawatan teratas Badan Kehakiman;



a) Yang Arif Tan Sri Azahar Mohamed sebagai Ketua Hakim Negara;

b) Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusof sebagai Presiden Mahkamah Rayuan; dan

c) Yang Arif Dato’ Abdul Rahman bin Sebli sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

dan pada 13hb June 2018 Ketua Hakim Negara ketika itu Yang Amat Arif Tun Mohamed Raus Sharif telah menyerahkan senarai nama pilihan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamed untuk dipersembahkan kepada Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung untuk dibawa kepada Majlis Raja Raja untuk mendapat perkenan pelantikan tersebut.



Tetapi menurut Laporan Petugas Khas di muka surat 29 para (c) dan dimuka surat 34 para (ii), senarai nama yang Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung bukanlah nama nama yang telah dipilih oleh Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman tetapi adalah nama nama berikut;

a) Yang Arif Tan Sri Datuk Panglima Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara
b) Yang Arif Tan Sri Datuk Sri Ahmad bin Hj Maarop sebagai Ketua Mahkamah Rayuan
c) Yang Arif Tan Sri Zaharah binti Ibrahim sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
d) Yang Arif Datuk David Wong Dak Wah sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Yang mana nama-nama ini telah dipilih secara sulit antara beliau (Tun M) dan peguam negara ketika itu iaitu Tommy Thomas.

Justeru itu, Tun Dr Mahathir dan Tommy Thomas telah melanggar peruntukan undang undang yang telah dengan jelas dan teliti menetapkan suatu garis panduan yang ketat yang perlu dipatuhi dalam pelantikan kehakiman.



Mereka juga telah menyalah guna kuasa dan kedudukan mereka. Berdasarkan Laporan Pertugas Khas, adalah jelas dan nyata bahawa Tun Dr Mahathir dan Tommy Thomas telah dengan sedar dan niat melakukan satu pakatan jahat untuk memperdaya dan menipu Yang diPertuan Agung dan Majlis Raja Raja, perbuatan ini boleh terjumlah kepada kesalahan menderhaka kepada Raja dan Negara.

Saya mohon satu siasatan yang menyeluruh keatas Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tommy Thomas dan berdasarkan bukti bukti dan keterangan yang telah didedahkan didalam Laporan Siasatan Pertugas Khas mereka perlu tangkap, didakwa dan dibawa kemuka pengadilan.

UMNO Online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading