Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Kunjungan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Mohd Sharkar, ke rumah presiden Malaysia Advancement Party (MAP), Waytha Moorthy, cuba dijadikan isu.

Memang diakui, Waytha Moorthy merupakan seorang ahli politik kontroversi kerana sikapnya yang agak cauvanis terhadap masyarakat minoriti India.



Bila disebut sahaja nama Waytha Moorty, tidak dapat tidak, ianya pasti akan dikaitkan dengan ICERD, Statut Rom, Hidraff dan juga pembunuhan Allahyarham Mohd Adib.

Namun begitu, sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum di dalamnya bukanlah menjadi kesalahan apabila pemimpin parti politik membuat kunjungan perayaan apabila dijemput.

Penulis tidak pasti sama ada jemputan Waytha Moorthy kepada DS Zahid sempena perayaan Deepavali memang sengaja dirancang oleh pihak tertentu.

Sekiranya memang dirancang, sudah pasti ianya bertujuan untuk memerangkap DS Zahid dan juga untuk memburukkan UMNO.



Satu perkara yang penulis pasti ialah, niat baik DS Zahid itu telah digunakan sepenuhnya oleh musuh politik beliau.

Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Gambar kunjungan beliau telah diedit supaya ianya menggambarkan berlaku pertemuan 4 mata antara DS Zahid dan Waytha Moorthy.

Gambar asal jelas menunjukkan bukan hanya DS Zahid dan Waytha Moorthy berdua yang berada di meja makan tersebut.



Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Tetapi gambar tersebut telah diedit @ ‘crop’ supaya menggambarkan seolah-olah berlaku perbincangan yang serius antara DS Zahid dan Waytha Moorthy.

Tidak cukup dengan itu, ditularkan pula video pendek yang menyatakan bahawa Waytha Moorthy sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan.



Dan untuk meneruskan misi beliau, secara terbuka beliau menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 15.

Ianya segera ditularkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Baca di sini:

1) https://twitter.com/hannahyeoh/status/1585228028489379842?t=steYEb-9RZAFbJu8E4O7Fw&s=19



2) https://www.facebook.com/pengundisedar/posts/pfbid03dAjXSHkx5AEXEEGqn3CbBK74aruwZUEa41pevbn8uvDXh38UyuZozX6Cq1iR9ZGl

Biarkan Musuh UMNO/BN Menggunakan Cara Yang Lapok Untuk Memburukkan UMNO, Rakyat Sudah Bijak

Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

Penulis tidak mahu menuduh Waytha Moorthy sama-sama bersubahat untuk memerangkap DS Zahid.

Walau pun penulis merasa agak hairan, mengapa secara tiba-tiba pada tahun ini Waytha Moorthy menjemput DS Zahid untuk membuat kunjungan Deepavali.



Penulis dimaklumkan dari sumber yang hampir dengan DS Zahid, kunjungan itu hanyalah kunjungan muhibah.

Memang benar ada sedikit perbincangan politik, namun DS Zahid hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Waytha Moorthy.

Tidak ada sebarang komitmen atau janji yang telah DS Zahid berikan kepada Waytha Moorthy.

Sebagaimana yang kita semua maklum, Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan nasib kaum India di negara ini, walau pun mereka adalah golongan minoriti.

Barisan Nasional mempunyai parti komponen MIC dan parti mesra Barisan Nasional seperti Makkal Sakti untuk membela nasib kaum India.

Namun apa yang pasti, apabila ada pihak cuba menggunakan isu ini sebagai propaganda untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu kepada UMNO, terdapat beberapa petanda:

  • Ianya menunjukkan musuh UMNO/BN sudah dapat meramalkan kekalahan di PRU 15
  • Serangan hanya ditujukan kepada UMNO/BN tidak kepada PPBM @ PAS, ianya menggambarkan kedua-dua parti tersebut tidak mempunyai kekuatan

UMNO/BN belum membuka sepenuhnya gelanggang PRU 15, tetapi musuh UMNO/BN sudah takut dengan bayang-bayang UMNO/BN.

Namun begitu, UMNO/BN tidak boleh leka, sebaik sahaja gelanggang dibuka, mulakan serangan tetapi dengan cara yang bermaruah.

Tidak perlu terikut-ikut cara musuh UMNO/BN yang menggunakan pelbagai cara kotor, kerana rakyat sudah jijik dengan cara begitu.

 

Gambar Kunjungan Deepavali Sengaja Di Edit Untuk Burukkan UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button