Ada Benda Berlaku Dalam K-Clique
Ini Respond Tuju Bila Ditanya Mengenai K-Clique
Ada Benda Berlaku Dalam K-Clique
Terbaru, satu video mengenai penurunan berat badan Tuju telah menjadi perhatian netizen.
Penurunan Berat Badan mendadak
Ramai netizen yang terkejut dengan penampilan terbaru Tuju tersebut dan mula risau dengan kesihatannya. Tuju bagaimanapun menepis dakwaan kononnya dia terlibat dengan bahan terlarang seperti pengambilan dadah.
Dia juga turut menjelaskan bahawa perubahan susuk badannya yang kurus itu adalah berpunca daripada gaya hidup sihat yang diamalkannya.
Susah Menutup Mulut
Menurut Xtra, Tuju mengakui agak susah untuk menutup mulut orang terhadap spekulasi yang timbul malah apa yang terjadi cukup dirinya dan keluarga sahaja yang tahu memandangkan dia kini telahpun bergelar seorang bapa.
Malah Tuju juga mengakui bahawa dia lebih banyak berpuasa dan bersenanm untuk megekalkan dirinya sentiasa sihat.
“Ada Benda Berlaku Dalam K-Clique”
Selain dari berat badan yang menurun, netizen juga turut perasan dengan ketiadaan Tuju dalam meraikan perkahwinan salah seorang dari anggota K-Clique sebelum ini, iaitu Fareed.
Ada benda berlaku dalam K-Clique yang saya tak boleh ceritakan sekarang.
Insya-Allah, apabila tiba waktunya nanti, saya sendiri akan buat penjelasan mengapa dan apa sebenarnya yang terjadi.
Katanya kepada Xtra, ada perkara yang terjadi dalam K-Clique dan buat masa sekarang dia lebih memilih untuk tidak menceritakan dan memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut.
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.
Ada Benda Berlaku Dalam K-Clique
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.