Tahniah! Rangkaian Televisyen Media Prima Meraih 55 Pencalonan Menerusi 28 Kategori
Tahniah! Rangkaian Televisyen Media Prima Meraih 55 Pencalonan Menerusi 28 Kategori
Rangkaian Televisyen Media Prima telah mendapat 55 pencalonan menerusi 28 kategori anugerah dan ini termasuk lima kategori anugerah digital yang baru diperkenalkan selari dengan peredaran zaman digital.
Antara anugerah yang tercalon adalah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik.
Pencipta Pegang Waktu Pegang Pencalonan Terbanyak
Drama “Pencipta Pegang Waktu” telah mendapat pencalonan terbanyak dengan tujuh pencalonan dalam kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik dan Skrip Drama TV Terbaik.
Malah drama ini juga tercalon untuk kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik.
Berlangsung Selama 2 Hari
ASA 2022 akan disiarkan secara langsung selama dua hari bersama pengacara berpengalaman Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli (Nur Jaziedah Zulkfli) pada 29 Oktober.
Manakala malam anugerah ASA 2022 pada 30 Oktober akan menampilkan Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera untuk menceriakan suasana majlis
Nantikan pengumuman kemenangan Anugerah Seri Angkasa 2022 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Oktober (9.00 malam) dan 30 Oktober (8.00 malam) ini.
Saksikan juga secara maya di Facebook Live Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Gunakan tanda pagar #seriangkasa2022 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.
Tahniah! Rangkaian Televisyen Media Prima Meraih 55 Pencalonan Menerusi 28 Kategori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.