At Takiri dedah PAS mungkir janji

Puji Umno yang mahu kekalkan MN

Oleh – Editor


At Takiri dedah PAS mungkir janji

Ustaz Khairuddin At Takiri mendedahkan Parti PAS sebenarnya telah mungkir janji untuk bersama dalam Muafakat Nasional sebagaimana dipersetujui kedua-dua parti Umno dan PAS.

At Takiri turut mendedahkan bagaimana segalanya berlaku dalam satu program.

Beliau turut mengingatkan tentang kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyudin yang menyatakan Barisan Nasional bukan ‘musuh’ PAS tetapi musuh PAS ialah Pakatan Harapan.

At Takiri dedah PAS mungkir janji

Beliau juga mendedahkan bagaimana PAS bertindak ‘berpaling’ dari Umno selepas Presiden PAS bertemu dengan Presiden PPBM.

At Takiri juga mempersoalkan pihak mana yang sebenarnya mahu Muafakat Nasional dan siapa yang tidak mahu kepada Muafakat Nasional.

Beliau turut menyelar tindakan PAS yang menggelarkan pelbagai gelaran terhadap Umno dan Zahid Hamidi.

At Takiri merupakan bekas ahli PAS dan AJK PAS Pusat tetapi dipecat dari jawatan AJK PAS Pusat. Bertindak keluar PAS pada Mac 2022 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sehingga Parlimen dibubarkan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker