BN akan menang lebih selesa jika kes rasuah Zeti dan Nazlan dijalankan

Oleh Adam Malik

Dari banyak survey dan kajian dilaporkan Barisan Nasional akan menang dengan majoriti mudah.

Walaupun kajian bukan disuruh atau dibayar oleh BN , namun itu lah yang dilaporkan oleh semua penganalisis termasuk pemerhati dari Singapura.



Ini berdasarkan kepada sentimen rakyat yang masih ramai tidak dapat menerima hakikat mereka di tipu oleh kerajaan Tun Mahathir dibawah panji Pakatan Harapan.

Jutaan pelajar dan bekas pelajar ditipu kerana PTPN , jutaan pengguna lebuh raya ditipu oleh janji hapus Tol dan hapus AES.

Selain itu, janji 1 juta pekerjaan oleh PH dibalas dengan pembuangan kerja hampir 17,000 orang kakitangan kerajaan dan lain2 lagi.

Janji hapus rasuah di lakukan dengan mencipta kes rasuah untuk musuh politik, sambil kes rasuah puak sendiri digugurkan sewenang wenang nya.



Jumlah hutang negara juga ditipu jumlah nya sambil menambah hutang baru.

Maka, in semua jadi rumusan kenapa PH dan sisa2 nya amat dibenci oleh rakyat.

Dalam beberapa laporan , dikatakan BN akan menang mudah dan kemudian parti2 yang bukan dari semenanjung akan lompat masuk BN selepas PRU15.

Namun, sebenarnya jika kerajaan membuka kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dan juga kes rasuah Hakim Nazlan Mohd Ghazali , ada pihak menyatakan BN akan mendapat tambahan sokongan lagi kerana perbicaraan kedua dua kes akan dapat mendedahkan peranan kerajaan PH terutama nya Tun Mahathir .



Peranan bagaimana mereka sembunyi maklumat berkenaan Gabenor mendapat rasuah dari pengetahuan rakyat.

Rakyat juga dapat mendengar sendiri jawapan Zeti tentang peranan suaminya dan Jho Lo jika disoal jawab.

Selain itu rakyat boleh lihat apa jawapan Zeti berkenaan peranan Mahathir dan Tun Daim apabila Zeti meluluskan Bon sepantas kilat (overnight approval) dan kemudian menerima sogokan dengan dua pembayaran , sebelum lulus dan selepas lulus.

Pasti Zeti tidak boleh menipu kerana kes rasuah nya disahkan oleh dua kerajaan , ia itu Singapura dan Amerika.



Pada kes Hakim Nazlan pula, amat menarik untuk ketahui apa jawapan nya tentang menerima wang sebanyak 11 transaksi dan kenapa ia bukan dibayar secara lazim seperti cek dilampirkan dengan “letterhead’ syarikat jika benar bayaran atas sebab ‘service rendered’.

Kenapa dibayar secara tunai dengan pecahan sebelas transaksi?

Nazlan juga tidak dapat bercanggah dalam beri kenyataan kerana Salinan jawapan nya kepada SPRM ada pada peguam Tan Sri Shafie dan DSNR.

Ia juga bahan bukti baru yang ditolak oleh kedua mahkamah selepas mahkamah Nazlan jatuh hukum terhadap DSNR.



Kes pelik dimana hakim sendiri terima rasuah menjatuh kan hukum kepada OKT.

Hal kedua kes ini semua jika sudah dibicara mampu menukar persepsi peminat kes 1MDB.

Pandangan mereka kepada siapa sebenar yang bersalah tetapi masih bebas dan siapa yang di’frame’ untuk di penjarakan akan betukar.

Rakyat pasti akan  bertambah yakin dengan BN dan menyedari permainan kerajaan PH ketika mendakwa DSNR sambil membebaskan rasuah yang pro mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button