Jambatan gantung 150 tahun terputus, ratusan terhumban dalam sungai
Jambatan gantung 150 tahun terputus, ratusan terhumban dalam sungai
AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 141 orang terbunuh selepas satu jambatan gantung era kolonial British runtuh, menyebabkan sejumlah orang terhumban ke dalam sungai.
Menurut pihak berkuasa, hampir 500 orang termasuk wanita dan kanak-kanak meraikan festival keagamaan di jambatan berusia 150 tahun tersebut yang terletak di Morbi, barat India apabila kabel yang menyokong struktur jambatan itu tiba-tiba terputus.
Keadaan itu menyebabkan struktur jambatan itu terputus lalu jatuh ke dalam sungai.
“Setakat ini, kami sudah menemukan 120 mayat dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan,” kata Ketua Polis Morbi, P. Dekavadiya.
Katanya, lebih 130 pengunjung turut diselamatkan.
Jambatan yang merentasi sungai Machchhu itu terlatak kira-kira 200 kilometer ke barat bandar Ahmedabad dan baru dibuka selama beberapa hari selepas ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.
Menurut saksi, wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa paling banyak terhumban ke dalam sungai ketika jambatan itu runtuh.
Beberapa video yang dirakam sejumlah saksi menunjukkan orang ramai berpaut pada pecahan struktur jambatan yang runtuh, selain ada yang berenang ke tepi sungai.
Jambatan sepanjang 233 meter dan lebar 1.5 meter itu dibuka pada 1880 oleh pihak berkuasa Brtain dan dibina menggunakann bahan yang diimport dari England.
Sementara itu, pihak berkuasa menahan sembilan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. – AFP
Jambatan gantung 150 tahun terputus, ratusan terhumban dalam sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15
- Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas
- Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :