Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15



Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15

Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15

Mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, adalah satu nama besar dalam dunia politik tanah air.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan antara faktor utama yang menyebabkan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 adalah kerana aura Dr Mahathir di kalangan pengundi Melayu.

Dalam PRU 14, Dr Mahathir bertanding di kerusi parlimen Langkawi, Kedah dan beliau menang dengan memperolehi 8,893 majoriti undi.



Dr Mahathir yang mendapat 18,954 undi berjaya menewaskan:

  • Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional yang mendapat 10,061 undi
  • calon PAS, Zubir Ahmad yang mendapat 5,512 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/2/P.004

Untuk rekod, dalam PRU 14, Dr Mahathir bertanding atas tiket PPBM/PKR (PH) kerana ketika itu beliau adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan juga PPBM.



Namun persoalannya, adakah Dr Mahathir mampu mempertahankan kerusi parlimen Langkawi dalam PRU 15 ini nanti?

Dr Mahathir Akan Kehilangan Undi Dari Penyokong PPBM, PKR Dan DAP

Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15

Selain dari aura Mahathir yang begitu kuat ketika itu, undi pengundi Melayu dari PPBM dan PKR juga adalah faktor yang membantu kemenangan Dr Mahathir ketika itu.

Ini jelas dapat dilihat menerusi keputusan 2 DUN yang berada di dalam parlimen Langkawi.

Untuk DUN Ayer Hangat, ianya dimenangi oleh Juhari Bulat dari PPBM/PKR (PH) yang menang dengan majoriti 1,532 undi.



Beliau yang mendapat 7,550 undi telah menewaskan:

  • Mohd Rawi Hamid (BN) yang mendapat 6,018 undi
  • Azlina Azinan (PAS) yang mendapat 4,034 undi.

Manakala DUN Kuah pula dimenangi oleh Firdaus Ahmad PPBM/PKR (PH) dengan majoriti 2,452 undi.

Beliau yang mendapat 8,276 undi menewaskan:

  • Nor Saidi Nanyan (BN) yang mendapat 5,824 undi
  • Mazlan Ahmad (PAS) yang mendapat 2,685 undi
  • Mohamad Ratu (BEBAS) yang mendapat 86 undi

Untuk rekod, Juhari Bulat dan Firdaus Ahmad masih lagi kekal dengan PPBM hingga ke hari ini.



Ini bermakna, dalam PRU 15, Dr Mahathir akan kehilangan sekurang-kurang 15,000 undi yang telah diberikan kepada Juhari dan Firdaus.

Sama ada mereka adalah penyokong PPBM, PKR atau DAP, sudah pasti mereka tidak akan memberikan undi kepada Dr Mahathir dalam PRU 15.

Memburukkan keadaan, parti Pejuang/GTA tidak mempunyai jentera yang lengkap, malah akar umbi bukan sahaja di Langkawi, malah seluruh negara.

Ini jelas dapat dilihat apabila kesemua 42 calon Pejuang hilang duit deposit dalam PRN Johor.

Manakala aura Mahathir pula dilihat sudah semakin pudar dalam PRU 15 ini.

Ini jelas di dalam sosial media apabila setiap hantaran Dr Mahathir tidak lagi mendapat pujian dari netizen, malah ramai yang mencemuh.

Pemerhati politik meramalkan Dr Mahathir hampir pasti akan tumbang di parlimen Langkawi, namun sama ada beliau akan kehilangan duit deposit adalah bergantung kepada berapa banyak undi simpati yang beliau mampu dapat.

 

Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker