Pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan

Pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan

Pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan

ROKAN HULU: Seorang pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan kerana curi keluar dari asrama di Tapah Darussalam, Rokan Hulu, Riau.

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Mardiono berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun bersama tiga rakannya keluar dari asrama untuk membeli makanan pada Sabtu lalu.



Selesai membeli makanan, mangsa dan tiga rakannya tidak pulang terus ke asrama, sebaliknya mereka menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga waktu subuh.

“Selepas itu, mangsa dan rakannya pulang ke asrama dan perbuatan mereka disedari seorang daripada tenaga pengajar di situ.

“Kesemua pelajar itu mengakui kesalahan mereka dan tenaga pengajar berkenaan menghukum mereka berendam dalam kolam ikan selama lima minit.

“Selain itu, mereka juga diarahkan supaya menyelam di dalam kolam sebelum menyuruh mereka naik ke atas dan membilas badan,” ujar Mardiono.



Namun, mangsa tidak timbul dari permukaan kolam menyebabkan tenaga pengajar itu menyuruh pelajar lain memeriksa keadaannya.

Ketika dibawa naik dari kolam, mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi



Pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button