Rossa Tak Sabar Nak Hiburkan Peminat Di Malaysia
Bakal Menggayakan Busana ‘Mewah’ Bernilai RM235k Untuk Konsert Esok
Rossa Tak Sabar Nak Hiburkan Peminat Di Malaysia
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa akhirnya bakal mengadakan persembahan Konsert Rossa 25 Shining Years di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok. Rossa yang popular dengan lagu ‘Hey Ladies’ berkata dia akan menghiburkan para peminat lebih dari dua jam.
Busana dihasilkan selama 400 jam
Menerusi temubual eksklusif bersama Rossa, dia memberitahu konsert di Malaysia esok akan ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan konsert sebelum ini di beberapa kota di Indonesia. Tambah Rossa, penyanyi jemputannya juga berbeza dengan di Indonesia.
Senarai susunan lagu dan muzik ada yang berubah. Tapi semua lagu-lagu yang popular akan dinyanyikan nanti. Konsertya juga lebih dari dua jam. Kalau biasa hanya satu setengah jam sahaja tapi kali ini akan lebih. Saya juga akan menyanyi 25 buah lagu nanti.
Disoal mengenai busana yang akan dipakai sewaktu konsert, Rossa berkata dia sangat gembira kerana akan menggayakan busana hasil rekaan pereka fesyen ternama antarabangsa sehingga viral di media sosial dek kerana harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Baju yang akan menjadi pembukaan konsert saya dibuat oleh Iris Van Herpen, seorang pereka dari Amsterdam. Baju itu dibawa ke Indonesia dan menjadi viral kerana harga baju itu mahal tetapi bukan sekadar harganya yang mahal tapi pereka itu sendiri yang memilih siapa yang boleh memakai baju hasil rekaannya. Baju ini dihasilkan selama 400 jam untuk konsert saya jadi saya sangat bebesar hati untuk memakainya.
Judika dan Hael Husaini penyanyi jemputan
Bercerita lebih lanjut kepada OhBulan! Rossa berkata dia memilih Judika dan Hael Husaini sebagai artis undangan untuk menjayakan konsert tersebut. Sempena 25 tahun di dalam industri muzik, Rossa mahu rakan-rakan penyanyi berkongsi pentas dengannya.
Saya memilih bintang jemputan yang berbeza kerana saya mahu mempunyai banyak teman jadi saya ingin mengajak rakan-rakan saya untuk ada bersama dan merasai pentas 25 tahun saya. Yang akan menjadi artis jemputan pada malam tersebut ialah Hael Husaini.
Di akhir temubual, pelantun suara ‘Tegar’ ini meluahkan rasa gembira apabila lagu-lagunya diminati ramai.
Perasaan saya gembira sangat, sebab selama 25 tahun ini ramai peminat termasuk pelajar sekolah berkata mereka mula mendengar lagu saya sejak usia yang muda lagi. Lagu-lagu saya dihafal oleh anak-anak berumur belasan tahun itu buat saya berasa untung kerana tidak semua artis mampu melakukan itu.
Rossa Tak Sabar Nak Hiburkan Peminat Di Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15
- Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas
- Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi