Noki Nafi K-Clique Berpecah
Dah Jarang Buat Persembahan Bersama, ; "Kami 'Slow Down' Sikit Sebab..."
Noki Nafi K-Clique Berpecah
Kumpulan K-Clique didakwa sudah berpecah oleh sesetengah pihak gara-gara mereka dilihat jarang tampil membuat persembahan bersama.
Namun, tanggapan itu ditangkis salah seorang ahli kumpulan itu, Noki atau nama sebenar, Ahmad Ikhwan Aji, 28.
Menurut Noki, K-Clique masih ‘bernyawa’ namun terpaksa memperlahankan sebentar aktiviti seni mereka memandangkan kebanyakan daripada anggota kumpulan itu menetap di Sabah.
“Saya dan K-Clique masih bersama cuma sekarang ini kami ‘slow down’ sikit kerana baharu sahaja lepas pandemik.
“Kami semua duduk jauh-jauh, hanya saya dan MK menetap di KL manakala yang selebihnya tinggal di Sabah.
“Kalau ikutkan nak buat lagu mudah, tapi kalau nak shoot muzik video itu sedikit rumit disebabkan perkara ini,” katanya kepada MH.
Noki ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Bil Musa featuring Noki berjudul Pantang yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Noki juga berkata dia juga sedang merencana kerjaya solo di samping tidak melupakan komitmen utamnya terhadap K-Clique.
“Saya juga sibuk merencana kerjaya seni ketika ini. Apa yang boleh saya katakan, kami semua tiada sebarang masalah.
“MK pun sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod,” katanya lagi.
Selain Noki dan MK, K-Clique yang popular dengan lagu Mimpi dan Pulang ini turut dianggotai Tuju, KDeaf, Gnello, NastyNas, Somean dan FareedPF.
Noki Nafi K-Clique Berpecah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO
- Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah
- Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :