Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Dalam menghadapi PRU 15, pasti kita akan menghadapi pelbagai serangan dari musuh dan masalah dalaman parti.

Serangan dari musuh luar, agak mudah untuk kita tangani, kerana musuh dari luar sangat mudah untuk kita kenal pasti.



Tetapi apabila berlaku keretakan dalaman, ianya ibarat barah yang sedang memakan tubuh kita secara perlahan-lahan.

Senyap, tetapi sangat merbahaya, malah boleh mengancam nyawa yang akan melibatkan kehilangan jiwa.

Begitu juga dengan perjuangan kita di dalam parti.

Masalah yang datangnya dari dalam parti, sangat sukar untuk kita tangani, lebih-lebih lagi apabila ianya datang dari pemimpin.



Usai pengumuman calon BN oleh presiden UMNO, seperti yang dijangkakan, akan ada beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati.

Ada di antara mereka yang dilihat dapat menerimanya dengan hati dan fikiran terbuka.

Tidak kurang yang melenting dan membuat ancaman dan tindakan yang akan merobohkan roh perjuangan ahli parti.

Taat Kita Kepada Parti Dan Bukannya Pemimpin Yang Mementingkan Diri Sendiri

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Perlu penulis ingatkan kepada akar umbi dan jentera parti, agar lebih berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan helah pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

Selama ini kita menuntut supaya kepimpinan tertinggi parti melakukan islah kepimpinan dan peremajaan parti.

Kini apa yang kita tuntut, sedang dilakukan kepimpinan tertinggi demi untuk menyantuni kehendak akar umbi parti dari seluruh negara.

Jadi mengapakah setelah apa yang kita mahukan telah dituruti, maka kita mengambil keputusan yang tidak seiring dengan desakan kita selama ini?



Kita di dalam medan peperangan pilihanraya.

Pilihanraya yang selama ini kita mahukan dan nantikan selama bertahun-tahun.

Janganlah hanya kerana seorang pemimpin yang kecewa, akar umbi dan jentera parti mencabut segala lambang dan bendera parti.

Lebih teruk lagi sehingga menutup bilik gerakan yang sudah disediakan untuk menghadapi pilihanraya.



Pemimpin yang kecewa ini akan datang kepada kita dengan muka sayu dan nada yang mendayu-dayu untuk meraih simpati kita supaya menurut kehendak mereka.

Satu perkara yang mesti kita tanamkan di dalam diri kita ialah, ketaatan kita adalah kepada parti dan bukannya pemimpin.

Perjuangan partilah yang selama ini telah mengangkat mereka sebagai pemimpin dan perjuangan parti juga yang telah mengangkat maruah bangsa.

Pemimpin datang dan pergi.



Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Dr Ismail, Allahyarham Jaafar Albar dan ramai lagi nama besar yang pernah dilahirkan melalui parti keramat ini.

Namun, kerana taat kita adalah kepada parti, maka kita tetap teruskan roh perjuangan mereka walau pun mereka telah mengadap ilahi.

Tidak ada bezanya dengan pemimpin yang akan meninggalkan kita kerana mementingkan jawatan dan diri sendiri.

Biarkan mereka pergi, tetapi kita sebagai akar umbi, mesti tetap setia dengan roh perjuangan parti.

Sekiranya mereka benar-benar ikhlas di dalam perjuangan, mereka tidak akan meninggalkan parti hanya kerana tidak dicalonkan semula.

Hayati Semangat Perjuangan Khalid al Walid

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Jangan dilupakan bagaimana Khalid al Walid yang digelar pedang Allah.

Beliau akur bila Saidina Omar Al Khattab memerintahkan beliau untuk menyerahkan jawatan panglima perang kepada Abdullah bin Ubaid.

Ketika itu, armada tentera Islam sedang bersiap sedia untuk menggempur Romawi Timur.

Khalid al Walid tidak meninggalkan tentera Islam begitu sahaja, apatah lagi khianat dengan menyertai tentera musuh.

Baca di sini:

https://www.republika.co.id/berita/qlp04y320/alasan-umar-bin-khattab-berhentikan-khalid-bin-walid

Beliau akur dengan perintah khalifah dan tidak memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Akhirnya, tidak berlaku perpecahan dan kekacauan di kalangan tentera Islam hanya kerana Khalid al Walid menuruti perintah Omar al Khattab.

Dan tentera Islam juga tidak membantah dengan tidak mahu berperang.

Malah empayer Romawi Timur dapat dirobohkan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubaid.

Itulah sifat sebenar pemimpin sejati dan pejuang sejati.

Yang penting bagi kita ialah kemenangan secara mutlak parti Barisan Nasional dalam PRU 15 dan bukan hanya kemenangan seorang atau dua pemimpin sahaja.

Demi agama kita, demi negara kita, demi bangsa kita dan demi anak cucu kita, jangan dihiraukan hasutan pemimpin yang kecewa itu.

 

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button