BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DOSA

BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DOSA

BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DOSA

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu yang beranggapan bahawa industri seni hiburan tanah air dianggap sebagai ‘ladang’ kumpul dosa dan maksiat.

Dunia hiburan bukan tempat kotor

BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DOSA



Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), pemilik nama Aswani Ani mengatakan dunia hiburan bukanlah tempat kotor seperti tanggapan orang lain, namun sebaliknya ia mampu dijadikan platform untuk menyebarkan sesuatu yang bermanfaat jika seseorang itu bijak menggunakannya.

17 tahun hidup aku dalam industri hiburan dan aku lihat dunia hiburan ni selalu dituduh penyebab dosa dan maksiat oleh segelintir pihak.

Mengikut pengamatan aku dunia hiburan ini tidak pernah kotor. Kalau kita bijak mengatur langkah menggunakan platform ini untuk menyebar kasih sayang dan mengenal akan pencipta kasih sayang itu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini menyatakan dunia politik turut berdepan dengan pandangan buruk terhadap segelintir pihak hanya disebabkan masalah yang sama.



Dunia politik juga tidak pernah kotor. Yang membuatkan dunia politik ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir.

Punca daripada sikap malas berfikir

BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DOSA

Tegasnya, kebanyakan isu yang berlaku dalam dunia ini adalah disebabkan sikap malas berfikir.

Yang membuatkan dunia hiburan kita ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir.



Begitu juga dengan dunia. Dunia ini tidak pernah kotor.Yang membuatkan dunia ini kotor dan berlaku pertumpahan darah adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir.

Sumber : cahayaasmawi

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



BERITA MAWI KECEWA INDUSTRI SENI DIANGGAP ‘LADANG’ MAKSIAT & DO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SA

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button