Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
Seperti yang telah diduga, sebaik sahaja nama calon BN yang akan bertanding di PRU 15 diumumkan, akan ada beberapa pihak yang akan merasa kecewa.
Ia adalah perkara biasa.
Namun apabila ada yang sanggup bertanding atas tiket parti lawan dan menentang parti yang selama ini telah berjuang untuk karier politik mereka, maka ianya adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Tetapi itulah yang sedang berlaku kepada parti UMNO dan ianya dilakukan oleh individu yang selama ini mengaku diri mereka adalah orang parti.
Mengapa perkara sebegini boleh berlaku?
Bagi penulis, jawapan yang paling tepat adalah kerana mereka meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti.
Penulis mengambil contoh tindakan yang diambil oleh mantan ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim.
Hanya kerana nama beliau tidak lagi dicalonkan sebagai calon BN untuk kerusi parlimen Arau.
Shahidan mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket PN untuk menentang calon BN.
Baca di sini:
Bagi penulis, tindakan yang diambil Shahidan itu telah ‘menelanjangkan’ sikap sebenar Shahidan yang selama ini cuba beliau sembunyikan.
Untuk rekod, sejak tahun 1986 sehingga tahun 2018, Shahidan sudah berjaya menjadi ahli parlimen sebanyak 4 kali di atas tiket UMNO/BN.
Beliau memenangi pilihanraya pada tahun 1986, 1990, 2013 dan 2018.
Manakala dari tahun 1995 hingga 2008, beliau juga telah memenangi kerusi DUN Tambun Tulang atas tiket UMNO/BN sebanyak 4 kali.
Beliau memenanginya pada pilihanraya 1995,1999, 2004 dan 2008.
Di samping itu, Shahidan juga pernah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dari tahun 1995 hingga tahun 2008.
Itu tidak termasuk jawatan menteri di peringkat pusat dengan beberapa potfolio dan juga Pengerusi GLC.
Segalanya Shahidan nikmati kerana kemenangan yang diperolehi atas tiket UMNO/BN.
Apakah Shahidan Mahu Menongkat Langit?
Sekiranya dihitung segala nikmat yang pernah beliau rasakan hasil dari perjuangan parti UMNO/BN, sepatutnya tidak ada sebab mengapa Shahidan mesti marah apabila tidak dicalonkan semula.
Bukan sehari dua atau seminggu dua beliau menikmati keselesaan memegang kuasa, tetapi sudah menjangkau hampir 3 dekad.
Maka sudah sepatutnya beliau berundur untuk memberikan laluan kepada calon baharu yang lebih muda untuk meneruskan perjuangan parti.
Sekiranya beliau benar-benar seorang pemimpin yang ikhlas berjuang untuk parti, agama, bangsa dan tanah air, sudah pasti Shahidan akan memberi laluan kepada generasi pelapis.
Tetapi Shahidan bertindak sebaliknya dengan menentang proses peremajaan parti, malah sanggup mengkhianati parti yang selama ini berjasa kepada beliau.
Penulis bersetuju dengan pendapat Salahuddin Hisham yang mahukan supaya tindakan memecat keahlian seumur hidup kepada pengkhianat seperti ini.
Baca di sini:
Memetik kata-kata Gautama Buddha sebagaimana yang diungkap semula oleh Facebooker yang sama, ‘change is never painful, only the resistance to change is painful.
Baca di sini:
Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
Di Syorkan Untuk Anda:
- Enggan Berlaku Pertembungan Adik Beradik Membuatkan Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Jadi Calon
- Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO
- Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah
- Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali