Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
Sebaik sahaja presiden UMNO mengumumkan bakal calon BN untuk PRU 15 pada 1 November lepas, secara tiba-tiba tular di media tentang surat aku janji menyokong DS Zahid sebagai perdana menteri.
Seperti yang diduga, apabila timbul isu sebegini, pihak musuh DS Zahid akan segera mengambil kesempatan.
Baca di sini:
https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/tular-surat-aku-janji-calon-bn-supaya.html
Serangan dengan segera dilakukan untuk memburukkan pengerusi Barisan Nasional yang juga presiden UMNO itu.
Tuduhan mula dilemparkan kononnya tujuan surat itu adalah untuk menyelamatkan DS Zahid dari kes mahkamah yang sedang dihadapi.
Apabila DS Zahid menjadi perdana menteri, maka mudahlah untuk beliau menggugurkan kes yang sedang beliau hadapi di mahkamah.
UMNO segera memberikan respon dengan membuat laporan polis tentang surat palsu yang ditularkan itu.
Baca di sini:
Sebelum penulis bincangkan siapakah sebenarnya yang berkemungkinan menyebarkan fitnah terbaru ini, ada satu video klip yang menarik untuk ditonton.
Anak muda ini menjelaskan kepada kita sama ada surat yang ditularkan itu adalah benar atau pun palsu.
Fikirkanlah sendiri.
Siapa Di Belakang Surat Tersebut?
Ada teori yang mengatakan surat tersebut dikeluarkan oleh musuh DS Zahid yang berada di luar UMNO.
Namun ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana menurut mereka, sekiranya ianya datang dari musuh di luar UMNO, sudah pasti ianya ditularkan sebelum pengumuman calon.
Hujah mereka adalah, ianya boleh mengganggu fokus DS Zahid dalam meletakkan calon yang berkualiti di dalam PRU 15.
Ada juga yang berpendapat, surat itu sebenarnya ditularkan oleh musuh politik DS Zahid yang berada di dalam UMNO.
Atau lebih tepat lagi, mungkin dari mereka yang sudah tahu nama mereka akan digugurkan dari senarai calon BN untuk PRU 15.
Atau mungkin juga dari pihak yang sudah dicalonkan tetapi merasa tergugat sekiranya benar DS Zahid akan dilantik sebagai perdana menteri.
Mungkin ada kebenaran dari kedua-dua pendapat yang dinyatakan, namun biarkan pihak polis melakukan siasatan untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya.
Tetapi satu perkara yang sangat pasti adalah, surat tersebut datangnya dari musuh politik DS Zahid sama ada dari dalam atau pun luar UMNO.
Mereka ini sebenarnya takut dengan ketegasan DS Zahid, mungkin kerana merasakan sekiranya itu berlaku, maka mereka akan menjadi kluster mahkamah.
Mungkin juga dalang tersebut datangnya dari dalam UMNO sendiri yang merasakan sekiranya DS Zahid menjadi perdana menteri, mereka akan kehilangan jawatan yang dinikmati sebelum ini.
Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti
- Bila Kepentingan Peribadi Mengatasi Kepentingan Parti
- 2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon