Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir
Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir
BANGKOK: Thailand merancang menyambut ketibaan barisan pemimpin dunia dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dengan mi yang dihidangkan bersama sos cacing pasir.
Negara ini bakal jadi tuan rumah bagi mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 November ini, di Bangkok.
Makanan yang dihidangkan pastilah menu yang sihat dan ‘mesra alam’.
Selain itu, hidangan yang ditampilkan mesti menunjukkan keunikan budaya dan tradisi di negara ini.
Hidangan mi dengan sos cacing pasir itu merupakan antara lapan menu yang dipilih untuk dijamu kepada para tetamu APEC.
Ketua pasukan yang menghasilkan menu tersebut, Suradate Thammakun berkata, haiwan itu boleh ditemukan di kawasan pantai di Laut Andaman dan Teluk Thailand.
Katanya, makmal sains mendapati ulat tersebut mengandungi 50 peratus kadar protein lebih tinggi berbanding ikan salmon.
Sehubungan itu, beliau dan pasukannya merancang untuk menghasilkan makanan tambahan berasaskan ulat tersebut dan mengeksportnya ke luar negara.
Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur
- PRU 15 : Pilihanraya paling ramai calon Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :