Nilai kekayaan bilionair China catat penurunan terbesar
Nilai kekayaan bilionair China catat penurunan terbesar
BEIJING: Nilai kekayaan bilionair China mencatat penurunan terbesar dalam tempoh lebih dua dekad berdasarkan senarai terbaharu yang dikeluarkan baru-baru ini.
Hurun Rich List menyenaraikan orang terkaya di China dengan nilai bersih minimum 5 bilion yuan (RM3.26 bilion), tetapi hanya 1,305 individu mencapai jumlah tersebut tahun ini, menurun 11 peratus berbanding tahun lepas.
Jumlah keseluruhan kekayaan mereka bernilai AS$3.5 trilion (RM16.5 trilion), menyusut 18 peratus daripada tahun lalu sementara bilangan bilionair dalam dolar Amerika Syarikat (AS) menurun sebanyak 239 orang tahun ini.
“Tahun ini menyaksikan kejatuhan terbesar dalam senarai individu terkaya di China dalam tempoh 24 tahun,” ujar Pengerusi dan Ketua Penyelidik Hurun Report, Rupert Hoogewerf yang bertanggungjawab menyusun senarai tersebut.
Tinjauan global menunjukkan perang di Ukraine, penyusutan nilai hartanah dan kejatuhan pasaran saham yang diburukkan lagi oleh dasar sifar Covid yang sangat ketat memberi kesan serius kepada golongan paling kaya di China tahun ini.
Hartawan China, Zhong Shanshan, yang menerajui syarikat pembotolan air Nongfu Spring dan pengeluar vaksin, Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut untuk tahun kedua berturut-turut, dengan nilai kekayaan AS$65 bilion (RM307.8 bilion).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
- Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara
- Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya
Pengasas ByteDance yang memiliki TikTok, Zhang Yiming, menduduki tempat kedua tetapi menyaksikan kekayaannya susut 28 peratus kepada AS$35 bilion (RM165 bilion) ekoran kejatuhan nilai syarikatannya sementara Pengerusi gergasi bateri CATL, Zeng Yuqun di tempat ketiga.
Pengasas Tencent, Pony Ma mencatatkan penurunan kedua terbesar ekoran kemerosotan harga saham teknologi apabila menduduki tempat kelima manakala Pengasas Alibaba, Jack Ma dan keluarganya jatuh empat anak tangga untuk menduduki tempat kesembilan.-AGENSI
Nilai kekayaan bilionair China catat penurunan terbesar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di tolak oleh rakyat , Mahathir dalam sindrom penafian.
- Anwar akan kerjakan Mahathir dan Daim jika Pakatan Harapan menang PRU15.
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :