China siap siaga hadapi ancaman perang



China siap siaga hadapi ancaman perang

China siap siaga hadapi ancaman perang
CHINA menegaskan sedang mengukuhkan latihan ketenteraannya untuk menghadapi sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan negaranya.-AGENSI

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menegaskan sedang mengukuhkan latihan ketenteraannya untuk menghadapi sebarang ancaman perang berikutan keadaan keselamatan negara itu yang semakin tidak menentu.

Lapor porta Daily Mail, amaran itu dibuat selepas Jinping menggesa pembangunan ketenteraan yang lebih pantas, termasuk mempertingkat usaha dalam teknologi serta mempertahankan kepentingan China di luar negara bulan lalu.

Pengumuman untuk menumpukan kepada persediaan perang itu menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu mungkin akan melancarkan serangan ke atas Taiwan.



China yang mempunyai ekonomi dan ketenteraan kedua terbesar di dunia berulang kali mengancam untuk menggabungkan Taiwan secara paksa jika perlu.

Pengarah Eksekutif Persatuan Henry Jackson, Dr. Alan Mendoza berkata, pengumuman itu perlu diambil perhatian dan negara Barat perlu sentiasa bersedia dan menggunakan segala cara yang diperlukan untuk menghalang pemimpin China itu daripada menyerang Taiwan.

“Selama bertahun-tahun, Jinping telah meningkatkan retoriknya mengenai penggunaan kekerasan ketenteraan untuk menyatukan semula Taiwan dengan tanah besar China tetapi tindak balas Barat amat mengecewakan.

“Demokrasi liberal kini mesti mengambil serius kata-katanya dan bekerja secara kolektif menggunakan semua cara yang diperlukan untuk menghalang beliau daripada menyerang Taiwan,” jelasnya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Tambah beliau, negara Barat harus memulakan proses mengurangkan pengaruh China daripada industri kritikal seperti tenaga, air dan kuasa nuklear.

“Seterusnya, kita mesti segera memulakan proses memisahkan China daripada kebanyakan rantaian bekalan kita yang paling dipercayai dan membangunkan rangkaian baharu dengan negara rakan kongsi yang sama.

“Jika kita tidak bersedia, kesan ekonomi akan menjadi bertambah buruk berbanding krisis kos sara hidup semasa yang disebabkan oleh sekatan terhadap tenaga Russia,” ujarnya.

BN Semua Negeri Siap Siaga Hadapi PRU – Tok Mat

China siap siaga hadapi ancaman perang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker