Satu Undi Untuk PH Bermakna Satu Langkah Untuk Menyamaratakan Semua Agama Di Malaysia
Satu Undi Untuk PH Bermakna Satu Langkah Untuk Menyamaratakan Semua Agama Di Malaysia
Dari dahulu, kini dan selamanya dasar ‘The Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh DAP tidak pernah akan berubah.
Dasar ‘The Malaysian Malaysia’ adalah satu dasar yang menyamaratakan semua bangsa di Malaysia dalam semua aspek kehidupan.
Baik dari sudut ekonomi, pendidikan, pekerjaan, malah dari sudut keagamaan sekali pun, semuanya berada dalam kedudukan yang sama di sisi perlembagaan.
Malah perjuangan DAP untuk menghapuskan sistem monarki di Malaysia juga dapat dilihat dengan sangat jelas seawal DAP berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tetapi ada yang menyangkal dengan hujah kerana Anwar sudah membuat kenyataan sekiranya PH menang, DAP tidak akan menguasai kerajaan.
Baca di sini:
https://malaysiagazette.com/2022/11/04/dap-tidak-kuasai-kerajaan-jika-ph-menang-pru15-anwar/
Tetapi persoalannya, apakah Anwar benar-benar mampu untuk menjinakkan DAP sekiranya mandat diberi sekali lagi kepada PH.
Kita bercakap dan berhujah biarlah berdasarkan kepada fakta dan bukan sekadar retorik.
Dan fakta mestilah berdasarkan kepada realiti yang telah berlaku dan bukannya berdasarkan apa yang akan berlaku.
Boleh kita menerima hujah mengenai perancangan masa hadapan, tetapi ianya tetap bersandarkan kepada kemampuan yang telah kita buktikan di masa lampau.
Pada pandangan penulis, kenyataan Anwar tersebut hanyalah retorik politik yang langsung tidak berasas.
Kenyataan Anwar hanyalah Retorik Politik Untuk Meraih Undi
Kita lihat semasa PRN Johor, Anwar terpaksa melepaskan kerusi yang boleh menang kepada calon MUDA atas arahan DAP.
Ini bukan fitnah, tetapi adalah fakta.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/10/28/mampukah-anwar-menjinakkan-dap-sekiranya-ph-berkuasa-semula/
Persoalannya mengapa begitu, sedangkan kalau dibandingkan antara Anwar dan Lim Guan Eng atau Anthony Loke, pengaruh Anwar jauh lebih besar.
Jangan lupa, ‘politics is game of numbers’.
Siapa yang mempunyai angka yang lebih besar, maka dialah yang mempunyai kata penentu.
Kajian awal mendapati dalam PRU 15, kerusi yang bakal dimenangi oleh DAP adalah lebih banyak dari kerusi yang mampu dimenangi oleh PKR.
Malah dalam 2 pilihanraya negeri pun, pencapaian DAP jauh lebih baik dari pencapaian PKR.
Ini akan membuatkan DAP akan menjadi parti dominan di dalam Pakatan Harapan sekiranya mereka diberi mandat.
Keadaan yang sama pernah berlaku di dalam PRU 14 yang lepas.
Ketika itu, Dr Mahathir pernah berjanji, sekiranya PH diberikan mandat, maka beliau mampu untuk menguasai DAP di dalam kerajaan.
Tetapi apabila mendapat mandat, perkara yang sebaliknya telah berlaku.
DAP dilihat telah menguasai Dr Mahathir.
Parti manakah yang mahukan Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara?
Bukankah DAP yang mahu supaya Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara?
Walau pun Dr Mahathir tidak bersetuju, namun beliau terpaksa akur.
Sedangkan Dr Mahathir yang berpengalaman lebih 5 dekad itu tidak mampu menjinakkan DAP, inikan pula Anwar yang boleh dianggap sebagai anak didik Dr Mahathir.
Ibarat kata pepatah, sedangkan bah perahu tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.
Jadi kepada pengundi muda, berfikirlah secara mendalam sebelum memberikan undi kepada Pakatan Harapan.
Ingat, satu undi untuk PH bermakna satu langkah untuk kita menghapuskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi!!!
Satu Undi Untuk PH Bermakna Satu Langkah Untuk Menyamaratakan Semua Agama Di Malaysia
Di Syorkan Untuk Anda:
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
- Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara
- Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya