Varane, Giroud ke Piala Dunia

PARIS: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan Raphael Varane dalam skuad Piala Dunia hari ini walaupun pertahanan itu mengalami kecederaan manakala penyerang dalam prestasi terbaik, Olivier Giroud juga dipanggil.

Deschamps memilih 25 daripada keseluruhan 26 pemain bagi kejohanan di Qatar ketika Perancis akan cuba menjadi pasukan pertama mempertahankan gelaran Piala Dunia sejak Brazil pada 1962.

Seramai 11 pemain daripada skuad yang menang gelaran 2018 kembali termasuk kapten Hugo Lloris dan penjaga gol simpanan, Steve Mandanda bersama Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.



Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema, yang beberapa kali terlepas aksi bersama Real Madrid musim ini kerana kecederaan kini bersedia untuk Piala Dunia pertamanya sejak 2014.

Benzema tidak bersama skuad Perancis selama lima setengah tahun kerana skandal peras ugut membabitkan rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Dia didapati bersalah tahun lalu tetapi kembali ke pasukan Perancis serta bermain dalam Euro 2020 dan bersama pasukan yang menang Liga Negara-Negara UEFA itu.

Giroud yang berusia 36 tahun masih kurang dua gol untuk menyamai rekod kebangsaan milik Thierry Henry dengan 51 gol.



Dia bermain semua perlawanan pada Piala Dunia di Russia tetapi tidak menjaringkan gol.

Pertahanan tengah Paris Saint-Germain, Presnel Kimpembe terus dipilih walaupun mengalami kecederaan yang menyebabkan dia hanya bermain dalam lima aksi sejak permulaan September.

Varane melalui tempoh sebulan tanpa bermain apabila Les Bleus berdepan Australia dalam aksi pembukaan Piala Dunia pada 22 November.

“Dua kes ini berbeza,” kata Deschamps kepada TF1. “Kimpembe ada sedikit masalah tetapi dia boleh bermain untuk kelab dalam aksi liga terakhir pada Ahad.



“Varane ada masalah kecederaan jangka panjang tetapi dia juga boleh bermain menentang Australia jika semuanya berjalan lancar.”

Skuad Perancis:

Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Steve Mandanda (Rennes/FRA), Alphonse Areola (West Ham United/ENG)

Pertahanan: Lucas Hernandez (Bayern Munich/GER), Theo Hernandez (AC Milan/ITA), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Ibrahima Konate (Liverpool/ENG), Jules Kounde (Barcelona/ESP), Benjamin Pavard (Bayern Munich/GER), William Saliba (Arsenal/ENG), Raphael Varane (Manchester United/ENG), Dayot Upamecano (Bayern Munich/GER)



Pemain tengah: Eduardo Camavinga (Real Madrid/ESP), Youssouf Fofana (Monaco), Matteo Guendouzi (Marseille), Adrien Rabiot (Juventus/ITA), Aurelien Tchouameni (Real Madrid/ESP), Jordan Veretout (Marseille)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid/ESP), Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), Ousmane Dembele (Barcelona/ESP), Olivier Giroud (AC Milan/ITA), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Christopher Nkunku (RB Leipzig/GER)

AFP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button