Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya?

Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya

Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya?

Dalam satu hantaran di dalam akaun Facebook, mantan ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati mendakwa ada pihak menuduh beliau tidak malaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parlimen.

Untuk menafikan dakwaan tersebut, beliau memberikan bukti bahawa beliau sudah melaksanakan tanggungjawab dengan ‘sempurna’ selama menjadi ahli parlimen Masjid Tanah.



Menurut Mas Ermieyati, Dewan Terbuka Taman Sri Redan yang dibina dengan kos RM250,000 menjadi bukti ke atas jasa besar beliau kepada penduduk Masjid Tanah.

Mas Ermieyati menjelaskan, dewan tersebut beliau usahakan dengan membuat permohonan kepada mantan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamarudin.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/masermieyatisamsudin/posts/pfbid02SozN3odU69foaY1rSGSEox1XLNGYeKXQCnPaYHbYe2v4CLFGEJQYp9NQSKA3BkTfl



Penulis tidak menafikan kepentingan dewan tersebut kepada penduduk tempatan.

Tetapi di sebalik dewan terbuka tersebut, ada masalah rakyat yang lebih mendesak yang sepatutnya diselesaikan dengan segera oleh Mas Ermieyati.

Masalah banjir di beberapa tempat di Masjid Tanah, bukanlah masalah baharu kerana ianya sudah berlarutan bertahun-tahun.

Dan setiap kali banjir melanda, bukan sedikit kerugian yang ditanggung oleh rakyat.



Kerugian harta benda yang menjangkau ribuan ringgit, kelancaran pendidikan anak-anak terganggu kerana sekolah terpaksa ditutup dan juga berisiko menyebabkan kematian.

Tetapi sama ada Mas Ermieyati tidak tahu, atau pura-pura tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu, masalah banjir ini tidak pernah beliau tangani dengan serius sepanjang menjadi ahli parlimen.

Benar, setiap kali beberapa kawasan di Masjid Tanah, Mas Ermieyati akan membuat lawatan dan memberkan bantuan kepada mangsa banjir.

Tetapi adakah bantuan kewangan beberapa ratus ringgit dan juga peralatan elektrik yang diberikan itu dapat menyelesaikan masalah banjir di Masjid Tanah buat selama-lamanya?



Pernahkah Mas Ermieyati berbincang dengan pihak JKR, Jabatan Perparitan & Saliran untuk mengenal pasti punca sebenar banjir supaya tindakan yang berkesan dan tuntas dapat diambil?

DUN Ayer Limau adalah kawasan yang kerap dilanda banjir dan dilaporkan setiap tahun banjir akan melanda kawasan tersebut.

Pilih Pemimpin Yang Kompeten Dan Tolak Pemimpin ‘Touch & Go’

Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya?

Dalam pertemuan antara penilis dan ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Basheer, beliau telah menjelaskan punca sebenar banjir dan tindakan yang telah beliau ambil untuk mengatasinya.



Menurut Hameed Bashir, beberapa projek kini sudah dimulakan untuk mengatasi masalah banjir di DUN Ayer Limau.

Antaranya:

  • Menaik taraf Jambatan Sungai Siput yang membabitkan kos RM9 juta
  • Menaikkan aras Bulatan Lubok China yang membabitkan kos RM3 juta
  • Menaik taraf Jambatan Ramuan China Besar yang membabitkan kos RM2 juta
  • Membina tali air di Paya Lebar yang membabitka kos RM1 juta

Persoalannya, mengapakah Hameed Basheer yang baru setahun menjadi ADUN Ayer Limau mampu mengenal pasti punca sebenar banjir dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Dan Mas Ermieyati yang sudah menjadi ahli parlimen Masjid Tanah selama lebih dari 4 tahun tidak mampu berbuat demikian?



Jawapannya penulis serahkan kepada pembaca, terutamanya pengundi parlimen Masjid Tanah untuk memikirkannya.

Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya?

Dalam PRU 15 ini, pengundi Masjid Tanah mesti memilih pemimpin muda seperti Abdul Hakim Abdul Wahid (BN) yang benar-benar komited dan jujur mahu membantu penduduk Masjid Tanah.

Sekiranya Abdul Hakim diberikan mandat, sudah pasti beliau akan membantu Hameed untuk menyelesaikan masalah akyat dengan segera dan berkesan.

Hanya pemimpin seperti Abdul Hakim yang akan benar-benar membela nasib dan kehidupan penduduk parlimen Masjid Tanah.

Dan bukannya pemimpin ‘touch & go’ seperti Mas Ermieyati.

Jangan lagi terpedaya dengan keprihatinan plastik yang hanya bertujuan untuk mendapatkan ‘political mileage’.

 

Dewan Terbuka Mas Ermieyati Mampu Tangani Masalah Banjir Di Masjid Tanah Buat Selama-Lamanya?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button