‘Ribuan’ Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati

Ribuan Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati

‘Ribuan’ Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi parlimen Masjid Tanah, Mas Emieryati telah melancarkan manifesto PRU 15 bagi parlimen Masjid Tanah di bilik gerakan PN Masjid Tanah.

Dalam majlis gilang gemilang pelancaran manifesto tersebut, ‘ribuan’ penyokong PN telah membanjiri kawasan sekitar bilik gerakan tersebut.



Ribuan Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati

Penulis berada di lapangan ketika pelancaran manifesto pada malam semalam mendapati majoriti penyokong yang hadir terdiri dari ahli PAS Masjid Tanah.

Tidak pasti sama ada kehadiran mereka adalah kerana arahan atau kerana memberikan sokongan kepada Mas Emieryati sebagai calon PN bagi parlimen Masjid Tanah.

Ribuan Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati



Kebanyakan mereka dilihat tidak memberikan perhatian terhadap ucapan Mas Emieryati mengenai manifesto yang dilancarkan.

Ini jelas ketika penulis mengajukan beberapa soalan mengenai pendapat mereka tentang manifesto yang baharu dilancarkan itu.

Kebanyakan mereka tidak dapat memberikan komen atas alasan tidak berapa jelas dengan apa yang dijelaskan oleh Mas Emieryati.

Secara ringkas, manifesto yang dilancarkan oleh Mas Emieryati mempunyai 5 janji utama yang beliau berikan kepada penduduk Masjid Tanah sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen.



Penulis akan mengulas secara ringkas mengenai manifesto yang dilancarkan itu dalam artikel yang akan datang.

Cuma apa yang bermain diminda penulis adalah, sekiranya ahli PAS dan PPBM sendiri tidak berminat untuk mendengar penjelasan mengenai manifesto parti mereka, adakah pengundi akan berminat?

Atau mungkin juga ianya akan dianggap sebagai retorik pilihanraya bukan sahaja oleh pengundi, malah jentera parti Perikatan Nasional sendiri.

 



‘Ribuan’ Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button