Perbezaan Antara Pemimpin Berkualiti Dengan Pemimpin Gila Populariti

Perbezaan Antara Pemimpin Berkualiti Dengan Pemimpin Gila Populariti

Perbezaan Antara Pemimpin Berkualiti Dengan Pemimpin Gila Populariti

Rakyat kebiasaannya tersilap dalam menentukan antara pemimpin yang berkualiti dengan pemimpin yang gilakan populariti.

Pemimpin yang berkualiti adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh serta memikirkan keadaan rakyat untuk jangkamasa panjang.



Manakala pemimpin yang gilakan populariti adalah pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat yang dipimpinnya.

Yang penting bagi pemimpin begini adalah setiap tindakan dan bantuan yang diberikan mesti mendapat liputan secara meluas.

Ianya penting untuk melonjakkan populariti beliau di mata masyarakat supaya masyarakat terus memberikan sokongan tanpa menyedari kelemahan pentadbiran.

Sama ada bantuan yang diberikan dapat menyelesaikan masalah rakyat untuk jangkamasa panjang atau pun tidak, itu bukan masalah yang menjadi keutamaan mereka.



Sebagai perbandingan, Datuk Wira Abu Seman (BN) adalah ahli parlimen Masjid Tanah, Melaka dari tahun 2004 hingga tahun 2013 sebelum digantikan oleh Mas Emieryati.

Sepanjang 2 penggal menjadi ahli parlimen Masjid Tanah, Abu Seman telah membangunkan infrastruktur yang boleh dinikmati oleh rakyat dalam jangkamasa panjang.

5 kolej dan institusi telah didirikan di parlimen Masjid Tanah:

Perbezaan Antara Pemimpin Berkualiti Dengan Pemimpin Gila Populariti



  1. Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  2. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  3. Institut Unggas
  4. Kolej Komuniti Masjid Tanah

Dengan kolej dan institut yang didirikan, ianya telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sama ada yang berkelulusan akademik seperti tenaga pengajar, mahu pun yang tidak mempunyai kelulusan akademik seperti peniaga warung, pengusaha kantin dan sebagainya.

Manakala infrastruktur dari sudut kehidupan rakyat pula, Abu Seman telah membangunkan:

  1. Perhentian bas Masjid Tanah
  2. Masjid Jamek yang dinaiktaraf kepada Masjid Al Sultan Abdullah
  3. Sekolah Rendah JAIM Al Ikhlas
Benarkah Mas Emieryati Pemimpin Yang Populis

Manakala sejak menjadi ahli parlimen Masjid Tanah, tidak ada satu sekolah, apa lagi kolej atau institusi yang telah dibina.



Apa yang dilakukan oleh Mas Emieryati dan jentera pentadbiran beliau hanyalah memberikan sentuhan yang membantu rakyat untuk jangkamasa yang sangat pendek.

Seperti memberikan pampers, bantuan kewangan kepada mangsa banjir dan sebagainya.

Persoalannya, berapa lamakah rakyat boleh menggunakan pampers dan bantuan kewangan yang beberapa ratus ringgit.

Sangat jelas Abu Seman adalah seorang pemimpin yang mempunyai misi dan visi untuk rakyat Masjid Tanah.



Sentuhan tangan beliau terus dapat dinikmati oleh rakyat Masjid Tanah sehingga ke hari ini biar pun beliau tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Masjid Tanah perlukan seorang pemimpin muda yang baharu sebagai ahli parlimen untuk terus memacu pembangunan.

Masjid Tanah mempunyai beberapa kawasan pelancongan semulajadi yang berpotensi untuk dibangunkan.

Namun, oleh kerana pentadbiran Mas Emieryati lemah dan bersifat populis, keindahan alam anugerah Allah SWT terbiar begitu sahaja.



Kepada rakyat Masjid Tanah, inilah masanya untuk menukar pemimpin yang bersifat populis kepada pemimpin muda yang mempunyai misi dan visi yang jelas.

 

Perbezaan Antara Pemimpin Berkualiti Dengan Pemimpin Gila Populariti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button