Anwar Lari Ke Parlimen Tambun Kerana Takut Tewas Kepada Rani Kulop
Anwar Lari Ke Parlimen Tambun Kerana Takut Tewas Kepada Rani Kulop
Sebelum ini pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan bertanding di kerusi pengkhianat dalam PRU 15.
Baca di sini:
Namun begitu, apabila Anwar mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Port Dickson dan bertanding di parlimen Tambun, ianya menimbulkan tandatanya.
Siapakah pengkhianat kepada PKR atau pun Pakatan Harapan yang ada di parlimen Tambun?
Penyandang kerusi parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu @ Peja bukanlah pengkhianat kepada PKR kerana beliau sememangnya bertanding di PRU 14 atas tiket PPBM.
Jadi di mana benarnya dakwaan Anwar Ibrahim bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen yang disandang oleh pengkhianat?
Sebelum ini dilaporkan Anwar akan mencabar Azmin Ali di kerusi parlimen Gombak.
Tetapi apabila menilai kembali sokongan parti PAS kepada Azmin yang akan memungkinkan terjejasnya Anwar untuk menang selesa, beliau mengubah fikirannya.
Walau pun Anwar menang dengan majoriti yang agak besar di PRK Port Dickson, namun beliau dikatakan enggan untuk mempertahankannya dalam PRU 15.
Untuk rekod, dalam PRK Port Dickson yang diadakan pada tahun 2018, Anwar menang dengan majoriti 23,560 undi.
Anwar Takut Tewas Di Tangan Rani Kulop
Namun penulis difahamkan oleh sumber dalaman PKR, keengganan Anwar untuk mempertahankan kerusi parlimen Port Dickson adalah kerana bimbang dengan saingan dari Rani Kulop.
Anwar telah mendapat maklumat awal bahawa Rani Kulop akan bertanding untuk merebut kerusi parlimen Port Dickson pada PRU 15.
Tidak kira siapa pun saingan beliau, Rani Kulop dikatakan optimis akan dapat merampas kerusi parlimen Port Dickson dari Anwar Ibrahim.
Walau pun pada awalnya, saingan Rani Kulop diperlekehkan, namun apabila masa berkempen bermula, pemerhati mendapati keyakinan Rani Kulop adalah berasas.
Sokongan kepada Rani Kulop didapati mendadak naik selepas beliau mengumumkan manifesto pilihanraya beliau.
Beliau akan menumpukan untuk membela nasib veteran ATM dan juga anggota tentera sekiranya diberikan mandat dalam PRU 15.
Parlimen Port Dickson mempunyai kem angkatan tentera yang besar dan jumlah pengundi anggota tentera boleh memberi impak yang besar dalam keputusan PRU 15.
Inilah sebenarnya yang dibimbangi Anwar.
Mungkin boleh mempertahankan kerusi parlimen Port Dickson.
Namun sekiranya majoriti beliau jatuh dengan banyak, ianya pasti akan memberikan impak negatif dari sudut moral.
Calon ‘super heavyweight’ dan pengerusi PH kehilangan sebahagian besar majoriti yang dimiliki oleh seorang muka baharu dalam dunia politik.
Ianya pasti akan memberikan imej yang negatif bukan sahaja kepada Anwar Ibrahim, malah kepada Pakatan Harapan.
Bagi penulis, sangat memalukan apabila seorang yang mempunyai nama yang besar dalam politik takut kepada pendatang baru, ayahanda Rani Kulop!!!
Anwar Lari Ke Parlimen Tambun Kerana Takut Tewas Kepada Rani Kulop
Di Syorkan Untuk Anda:
- Rakyat Perlukan Perhatian Pemimpin Bukan Sekadar Mangkuk Tingkat
- Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi
- Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?