Banjir Kilat Melanda Masjid Tanah, Penduduk Tanya Mana Mas Emieryati
Banjir Kilat Melanda Masjid Tanah, Penduduk Tanya Mana Mas Emieryati
Akibat dari hujan yang berterusan di Masjid Tanah, kawasan perumahan Taman Masjid Tanah Ria telah di landa banjir kilat.
Dari tinjauan rakan penulis mendapati sebahagian dari rumah penduduk di kawasan perumahan berkenaan mula dinaiki air.
Calon Barisan Nasional bagi parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim dengan segera telah bergegas ke kawasan banjir untuk meninjau dengan lebih dekat dan membantu penduduk tempatan.
Namun begitu penulis dimaklumkan, calon Perikatan Nasional, Mas Emieryati, tidak kelihatan.
Yang kelihatan hanya kereta Hilux yang membawa pegawai Mas Emieryati yang kelihatan berlegar-legar di kawasan banjir.
Namun setakat ini, penulis dimaklumkan pihak berkuasa masih belum lagi membuka sebarang pusat pemindahan sementara (PPS).
Beberapa orang penduduk tempatan menimbulkan persoalan di manakah Mas Emieryati di saat rakyat sedang ditimpa musibah?
Apakah cukup dengan hanya menghantar beberapa orang pegawai beliau?
Mengapakah beliau sendiri tidak datang membuat tinjauan, soal mereka lagi.
Dalam pada itu, calon Barisan Nasional, Abdul Hakim mendapat pujian dari penduduk Taman Masjid Tanah Ria.
Walau pun keadaan banjir tidak seburuk mana, namun kami hargai keprihatinan Abdul Hakim yang cepat bertindak untuk datang sendiri membuat tinjauan dan bertanyakan keperluan kami.
Setakat ini kami masih lagi tidak memerlukan bantuan, tetapi apabila Abdul Hakim datang membuat tinjauan, sekurangnya beliau sudah boleh membuat perancangan sekiranya banjir bertambah buruk.
Bukan selepas banjir baru datang hendak menunjuk muka dan tidak tahu bantuan apa yang diperlukan penduduk.
Inilah sikap dan keprihatinan pemimpin muda yang kami harapkan selama ini.
Banjir Kilat Melanda Masjid Tanah, Penduduk Tanya Mana Mas Emieryati
Di Syorkan Untuk Anda:
- Rakyat Perlukan Perhatian Pemimpin Bukan Sekadar Mangkuk Tingkat
- Parti Yang Mempunyai Senarai Pemimpin Kompeten Menjadi Pilihan Pengundi
- Anak Sendiri Mati Tak Makan, Kera Di Hutan Mahu Di Susukan?