Mas Emieryati Anggap Masalah Banjir Di Masjid Tanah Sebagai Isu Terpencil?
Mas Emieryati Anggap Masalah Banjir Di Masjid Tanah Sebagai Isu Terpencil?
Tidak pasti sama ada calon PN yang juga merupakan penyandang bagi kerusi parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati tahu setiap tahun beberapa kawasan di parlimen beliau pasti akan dilanda banjir.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/11/13/banjir-kilat-melanda-masjid-tanah-penduduk-tanya-mana-mas-emieryati/
Setiap kali berlaku banjir, maka setiap kali itulah rakyat akan mengalami kerugian dalam bentuk kerosakan peralatan rumah seperti perabut dan perkakasan elektrik.
Kerugian yang terpaksa ditanggung rakyat akibat banjir bukannya sedikit, malah mencecah ribuan ringgit.
Mungkin angka ribuan ringgit itu terlalu kecil bagi ahli politik seperti Mas Ermieyati yang sudah biasa bermain dengan angka jutaan ringgit.
Tetapi bagi rakyat, angka ribuan ringgit yang hilang itu adalah satu angka yang cukup besar.
Mas Ermieyati telah melancarkan manifesto PRU 15 untuk parlimen Masjid Tanah.
Ianya satu inisiatif yang baik.
Selain dari memiliki manifesto PRU 15 di peringkat pusat, beliau memperincikannya untuk peringkat parlimen Masjid Tanah.
Namun dalam manifesto yang mempunyai 5 janji utama Mas Ermieyati, penulis tidak nampak sebarang perancangan beliau untuk menghadapi masalah banjir.
Dalam janji keempat yang merangkumi Kesejahteraan & Kebajikan apa yang penulis dapat lihat hanyalah pemberian kerusi roda, katil pesakit dan lampin pakai buang.
Mungkin Mas Ermieyati dan lampin pakai buang tidak boleh dipisahkan.
Manakala dalam janji kelima pula yang berkaitan Infrastruktur Kampung & Ameniti Awam juga tidak langsung menyentuh tentang masalah banjir.
Persoalannya, apakah Mas Ermieyati tidak tahu bahawa banjir adalah masalah yang cukup kritikal di kawasan beliau?
Atau beliau menganggap banjir sebagai isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian?
Mas Emieryati Anggap Masalah Banjir Di Masjid Tanah Sebagai Isu Terpencil?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Banjir Kilat Melanda Masjid Tanah, Penduduk Tanya Mana Mas Emieryati
- Anwar Lari Ke Parlimen Tambun Kerana Takut Tewas Kepada Rani Kulop
- ‘Ribuan’ Penyokong PN Hadir Dalam Pelancaran Manifesto Mas Emieryati