Calon BN Mula Mengatasi Calon Lain Di Parlimen Masjid Tanah
Calon BN Mula Mengatasi Calon Lain Di Parlimen Masjid Tanah
Melalui tinjauan di lapangan sekitar parlimen Masjid Tanah, kami dapati peralihan sokongan mula nampak ketara dari calon PN, Mas Emieryati kepada calon BN, Abdul Hakim.
Dari beberapa responden yang sempat kami temui, mengakui pada awalnya mereka bercadang untuk memberikan undi kepada Mas Emieryati.
Namun beberapa isu terkini yang berlaku seperti banjir di Taman Masjid Tanah Ria telah mengubah fikiran mereka.
Bagi mereka, kalau pun Mas Emieryati mungkin mempunyai jadual yang cukup padat dalam tempoh berkempen, janganlah sampai tidak ada masa langsung untuk meninjau kesusahan rakyat.
Sikap yang ditunjukkan oleh Mas Emieryati jelas membuktikan kepada mereka bahawa beliau hanya memerlukan rakyat ketika musim pilihanraya sahaja.
Manakala sikap yang ditunjukkan oleh calon BN, Abdul Hakim, adalah sangat jauh berbeza.
Penduduk tempatan maklum, Hakim juga mempunyai jadual kempen yang padat.
Namun apabila mendapat tahu ada penempatan ditimpa banjir, beliau adalah orang pertama yang hadir.
Ini membuatkan penduduk tempatan yakin bahawa Hakim adalah pemimpin yang mereka tunggukan selama ini.
Mereka yakin, sama ada di dalam keadaan senang atau pun susah, Hakim akan tetap bersama-sama dengan penduduk tempatan.
Diharapkan calon BN untuk parlimen Masjid Tanah akan membalas kepercayaan dan mandat yang akan diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya.
Calon BN Mula Mengatasi Calon Lain Di Parlimen Masjid Tanah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mas Emiryati Senaraikan Kegagalan Beliau Dalam Mini Manifesto Masjid Tanah
- Mas Emieryati Anggap Masalah Banjir Di Masjid Tanah Sebagai Isu Terpencil?
- Abdul Hakim Calon Yang Paling Sesuai Menggantikan Mas Emieryati Untuk Memacu Pembangunan Masjid Tanah Yang Tergendala