Abdul Hakim Calon Yang Paling Sesuai Menggantikan Mas Emieryati Untuk Memacu Pembangunan Masjid Tanah Yang Tergendala

Abdul Hakim Calon Yang Paling Sesuai Menggantikan Mas Emieryati Untuk Memacu Pembangunan Masjid Tanah Yang Tergendala

Di era Datuk Wira Abu Seman menjadi ahli parlimen, Masjid Tanah merupakan daerah yang paling pesat membangun di Melaka.

Pelbagai infrastruktur disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk tempatan.



Namun begitu, apabila Abu Seman mengundurkan diri dari dunia politik dan digantikan dengan Mas Emieryati sebagai ahli parlimen, pembangunan Masjid Tanah dilihat terhenti.

Mas Emieryati ternyata gagal untuk menyaingi rekod cemerlang Abu Seman.

Ini adalah kerana beliau lebih cenderung dengan aktiviti populis dari memajukan Masjid Tanah.

Ibarat pemimpin ‘touch & go’, setiap tindakan untuk menyelesaikan masalah rakyat, Mas Emieryati lebih bersifat populis dan munafaat sementara dari menyelami punca masalah sebenar.



Kini dalam PRU 15, pengundi Masjid Tanah diberikan peluang sekali lagi untuk memilih pemimpin yang berwawasan.

Abdul Hakim Calon Yang Paling Sesuai Menggantikan Mas Emieryati Untuk Memacu Pembangunan Masjid Tanah Yang Tergendala

Malah calon nombor 1 dari Barisan Nasional ini, Abdul Hakim, disebut-sebut mampu untuk menyambung kembali pembangunan Masjid Tanah yang tergendala di era Mas Emieryati.

Abdul Hakim memberikan 5 tawaran kepada pengundi Masjid Tanah supaya memberikan undi kepada beliau dan bukan kepada 3 calon yang lain.



Tawaran yang beliau berikan adalah:

  1. Memacu pembangunan Masjid Tanah supaya menjadi bandar yang maju, mampan dan makmur
  2. Menjadikan Masjid Tanah sebagai sebuah bandar satelit
  3. Melonjakkan ekonomi penduduk Masjid Tanah, terutamanya golongan anak muda
  4. Memperkukuhkan perpaduan dan keharmornian masyarakat majmuk
  5. Mengupayakan industri pelancongan dan pertanian di Masjid Tanah

Pandangan ini bukannya pandangan peribadi penulis, tetapi ianya juga disokong oleh pengundi tempatan di Masjid Tanah.

 



Abdul Hakim Calon Yang Paling Sesuai Menggantikan Mas Emieryati Untuk Memacu Pembangunan Masjid Tanah Yang Tergendala

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button