Jentera Pilihanraya Mas Emieryati Semakin Hilang Punca

Jentera Pilihanraya Mas Emieryati Semakin Hilang Punca

Ketika jentera pilihanraya calon parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim (BN), semakin rancak menjalankan aktiviti kempen, jentera pilihanraya calon PN, Mas Emieryati kelihatan hilang punca.

Mungkin kerana dalam program ‘walk about’ Mas Emieryati di sekitar Masjid Tanah mendapat sambutan dingin dari penduduk tempatan, jentera beliau telah mengubah strategi kempen.



Mereka cuba membuat rayuan undi daripada penduduk tempatan dengan membuat panggilan rambang melalui talipon.

Namun begitu ternyata pemanggil yang merupakan jentera pilihanraya Mas Emieryati sama ada tidak diberikan maklumat yang cukup.

Atau mungkin juga tidak membuat persediaan yang mencukupi.

Apabila disoal kembali secara terperinci mengenai nama calon dan untuk parlimen mana, ternyata pemanggil tidak dapat memberikan jawapan yang jelas.



Apa yang lebih memusykilkan penulis adalah, dari mana pemanggil boleh mendapat nombor talipon orang yang dipanggil.

Bukankah segala data dan maklumat peribadi kita dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?

Baca di sini:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/10/25/akta-perlindungan-data-peribadi-lindungi-maklumat-peribadi-orang-ramai



Malah mengikut undang-undang, syarikat telco sendiri tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberikan butiran peribadi pelanggan kepada pihak ketiga tanpa arahan mahkamah atau persetujuan dari pelanggan.

Berkempenlah secara berhemah dan mengikut lunas undang-undang kerana yang hendak dipilih adalah anggota legislatif atau penggubal undang-undang.

Sekiranya dalam musim berkempen calon sudah tidak menghormati undang-undang, bolehkah rakyat sandarkan harapan kepada mereka untuk mendaulatkan undang-undang?

 



Jentera Pilihanraya Mas Emieryati Semakin Hilang Punca

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button