Aksi menentang Poland ‘kunci’ Mexico ke pusingan kalah mati



Recife, Brasil, 23 de junio de 2014. Héctor Moreno (Mex) durante el partido entre la Selección Nacional de México (Selección Mexicana de Futbol) y la Selección de Croacia, correspondiente a la Jornada 3 de la Primera Fase de la Copa Mundial de la FIFA Brasil 2014, celebrado en el Estadio Arena Pernambuco.
Foto: Imago7/Etzel Espinosa

DOHA: Pertahanan Mexico, Hector Moreno kekal yakin El Tri akan layak ke pusingan 16 terbaik dan menegaskan aksi berdepan Poland akan menjadi faktor penentu.

“Saya melihat ia sebagai kunci (aksi menentang Poland) bukan kerana Argentina adalah pasukan terbaik atau Arab Saudi pasukan terburuk tetapi ini adalah kerana ia adalah perlawanan pertama.

“Memenangi tiga mata pertama pada aksi peringkat kumpulan akan memberi kelebihan besar dan memberikan jurang yang agak baik untuk keputusan seri ataupun lebih baik dengan satu lagi kemenangan untuk layak.

“Dalam situasi itu (seri), anda akan mengutip empat mata dan ini memberikan peluang yang lebih baik untuk layak ke peringkat seterusnya,” katanya.



Pasukan terbabit mengharungi dua aksi pemanas badan di mana mereka menang 4-0 ke atas Iraq sebelum tewas 2-1 dan jurulatih, Gerardo Martino percaya Poland akan bermain corak permainan sama – bertahan tetapi berbahaya menerusi situasi bola mati.

Mexico dibolosi gol pertama Sweden menerusi serangan balas pantas sebelum situasi dari sepakan sudut membantu Sweden bangkit merakam 2-1 dan dengan adanya Robert Lewandowski, Mexico sama sekali tidak boleh melakukan kesilapan.

“Harapnya kami dapat melakukannya, dia pemain lawan yang sangat berbakat dan sudah tentu dia menjadi tumpuan kerana dia adalah bintang buat Poland.

“Bukan hanya kerana mereka ada Lewandowski tetapi Poland juga memiliki pemain lengkap yang beraksi di liga besar,” katanya.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker