Resepi asam pedas ayam Melaka

 

ASAM PEDAS AYAM MELAKA

Bahan Kisar :



3 senduk cili kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Belacan sebesar ibu jari
Sedikit air
.
.
1 ekor ayam (yg sederhana) – potong
1 batang serai – titik
5 helai daun limau purut
50g asam jawa + 1 cawan air – gaul sebati
2-3 cawan air
1 sudu besar lada hitam (boleh kurangkan) – tumbuk separuh hancur
1 sudu kecil herba campur – biji sawi + halba
Garam kasar
Gula
Cara2 masak :
▶panaskan minyak
▶masuk herba campur dgn serai..kacau2
▶kemudian masuk bahan kisar..tumis hingga garing terbit minyak (api sederhana)
▶masukkan ayam..kacau rata dan tutup kuali hingga ayam agak mengecut
▶masuk air asam jawa dan daun limau purut..kacau rata..masak seketika
▶tambah air untuk kuah..perasakan dgn garam kasar..gula dan letak lada hitam
▶masak sampai ayam betul2 masak
▶asam pedas ayam biasanya agak berminyak hasil dari ayam tersebut
▶jika suka..buangkan minyak sebelum dihidang

Kredit Resepi : zura zul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button