Muhyiddin Enggan Patuhi Titah YDP Agong!!!
Muhyiddin Enggan Patuhi Titah YDP Agong!!!
Sepatutnya sebaik sahaja tamat PRU 15, rakyat dan negara sudah boleh menarik nafas lega kerana mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh.
Sebuah kerajaan yang boleh mempersiapkan rakyat dan negara untuk menghadapi cabaran ekonomi dunia yang semakin kritikal.
Rakyat dan negara bukan sahaja akan berhadapan dengan keadaan kemelesetan ekonomi dunia, tetapi juga akan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan dunia.
Hanya kerajaan yang kukuh tanpa gangguan permainan politik dapat menumpukan perhatian kepada cabaran ekonomi dan kekurangan bekalan makanan dunia.
Namun, harapan hanya tinggal harapan apabila usai PRU 15, kita bukan sahaja masih lagi berhadapan dengan krisis politik.
Malah kini berhadapan dengan situasi ‘hung parliament’, satu situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
2022 semakin hampir meninggalkan kita dan tahun 2023 yang penuh cabaran semakin menghampiri kita.
Tetapi negara masih lagi belum bersedia, malah lebih teruk dari itu, negara masih belum lagi mempunyai kerajaan yang akan mentadbir negara.
Namun, itulah pilihan rakyat Malaysia dalam PRU 15, mungkin rakyat Malaysia sudah bosan hidup dalam keadaan yang harmoni.
2 parti yang mendapat mandat yang paling besar dari rakyat dalam PRU 15, PH dan PN tidak mampu menubuhkan kerajaan, walau pun dengan majoriti mudah.
Kini sudah 4 hari PRU 15 berlalu, namun kerajaan yang sah masih belum lagi dapat ditubuhkan.
Perbincangan antara ahli politik masih gagal mencapai kata sepakat untuk mewujudkan sebuah gabungan yang mempunyai majoriti mudah.
Sekali Lagi Istana Di Heret Ke Dalam Kemelut Politik
Sekali lagi Istana Negara diheret oleh ahli politik untuk menyelesaikan masalah mereka, cuma bezanya kali ini, ianya adalah pilihan rakyat.
Kedua-dua pengerusi PH dan PN telah dipanggil menghadap YDP Agong untuk mencapai kata sepakat.
Malah baginda YDP Agong telah menitahkan agar kedua-dua pemimpin parti yang mendapat mandat yang besar itu bergabung untuk membentuk kerajaan.
Tetapi ianya telah ditolak mentah-mentah oleh pengerusi PN, Muhyiddin Yasin!!!
Apakah hanya kerana mahu menjadi perdana menteri untuk kali kedua maka Muhyiddin begitu tega menyanggah titah YDP Agong?
Ke manakah diletakkan perjuangan demi Melayu, penyatuan Melayu, apabila titah raja disanggah?
Bukankah titah YDP Agong itu adalah titah yang cukup baik dan adil?
Sangat jelas, laungan demi Melayu dalam perjuangan PN dan Muhyiddin sebenarnya hanyalah retorik.
Perjuangan mereka hanyalah berpaksikan kepada kepentingan peribadi dan mereka inilah yang diberikan mandat besar oleh rakyat Malaysia.
Sedarlah rakyat Malaysia, bukalah mata hati kita semua.
Namun, segalanya ibarat nasi sudah menjadi bubur.
Banyak lagi permainan politik yang bakal kita saksikan dalam tempuh 5 tahun yang akan datang.
Namun, jangan dikesali kerana tangan kitalah yang memilih mereka dan kini bersedialah bahu kita untuk menggalas beban yang amat berat untuk tempuh 5 tahun lagi.
Muhyiddin Enggan Patuhi Titah YDP Agong!!!
Di Syorkan Untuk Anda:
- No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?
- Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?
- Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?