No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?



No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?

No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?

Kita mengharapkan agar kemelut politik dapat ditamatkan sebaik sahaja PRU 15 diadakan.

Namun begitu, atas pilihan rakyat Malaysia, PRU 15 bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan keadaan, malah memburukkan keadaan politik negara.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, negara berada dalam keadaan ‘hung parliament’ di mana kerajaan tidak dapat ditubuhkan.



Benar, mengikut amalan demokrasi, suara rakyat mesti dihormati, tetapi suara rakyat kali ini meletakkan negara di dalam keadaan yang cukup sukar.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/22/team-zahid-atau-team-hishamuddin-yang-mahu-membunuh-umno/

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional gagal menubuhkan kerajaan kerana tidak mempunyai majoriti, tetapi Barisan Nasional (BN) juga yang menjadi mangsa.



BN dituduh tidak menerima keputusan rakyat apabila cuba menggerakkan usaha untuk bersama dengan PH bagi membentuk kerajaan.

Realitinya, pemimpin utama BN sangat memahami segala kesukaran dan penderitaan yang akan dialami rakyat sekiranya ‘hung parliament’ ini dibiarkan berterusan.

Bukan pemimpin BN yang datang mengusulkan kerjasama dengan PH, tetapi pemimpin PH yang memulakan langkah kerjasama.

Dan demi untuk menyelamatkan rakyat, BN sanggup mengenepikan ego.



Manakala beberapa pemimpin yang berkepentingan dalam UMNO mula menularkan semula keputusan PAU, No Anwar dan No DAP.

Tetapi PAU dan EGM UMNO membuat ketetapan No Anwar, No DAP dan No PPBM.

Persoalannya mengapakah hanya No Anwar dan No DAP sahaja yang dilaungkan sekarang ini?

Mengapa No PPBM tidak disertakan bersama, adakah ianya untuk menutup kepentingan peribadi yang diperjuangkan selama ini.



Penulis ada mendapat maklumat, keputusan buruk BN memang sengaja dirancang supaya BN dapat dipaksa dapat bersama PN.

Ada pemimpin yang sudah ditawarkan dengan beberapa jawatan di dalam kerajaan sekiranya BN dapat dibawa ke dalam PN.

Walau pun mereka tahu tindakan ini akan terus melemahkan UMNO, malah akan membunuh UMNO.

Sekarang terpulang kepada akar umbi untuk menyingkapm apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Segalanya sudah penulis jelaskan dalam link di atas.

 

No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker