Ringgit stabil, jangkaan kenaikan kecil kadar faedah AS



KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjelang pengeluaran minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang dijangkakan lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5730/5780 berbanding dolar AS daripada penutupan hari Selasa pada 4.5750/5835

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS tidak menunjukkan mana-mana arah pergerakan utama, sambil menambah mata wang tempatan dijangka diniagakan dalam julat sempit hari ini, mengambil manfaat daripada jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan.

Kadar faedah AS telah meningkat sebanyak 375 mata asas, atau 3.75 peratus sejak Mac tahun ini.



Sementara itu, Ambank Research mengunjurkan ringgit didagangkan antara paras sokongan 4.565 dan 4.575, manakala rintangan pada 4.600-4.610.

Pagi ini, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura pada 3.3181/3224 berbanding 3.3169/3235 pada penutupan Selasa dan rendah berbanding euro pada 4.7148/7199 daripada 4.6981/7068 semalam.

Ringgit turut lemah berbanding pound Britain kepada 5.4396/4455 daripada 5.4223/4324 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2400/2440 daripada 3.2380/2445 sebelumnya.



Bernama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker