Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan
Bimbang orang muda ramai sakit, … katanya diet bukan untuk kurus
Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan
SERING berkongsi tip menu sihat di laman sosial, pelakon Atikah Suhaime tidak terlepas daripada sindiran segelintir pihak yang menganggap bentuk badannya sudah cukup kurus untuk dia meneruskan amalan diet sedemikian.
Menjawab mengenai perkara tersebut, Atikah, 31, berkata perkongsiannya itu bertujuan untuk memberikan ilmu dan manfaat kepada peminatnya.
“Itu hanyalah content di TikTok. Apa yang saya dapat dari personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.
“Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat. Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda. Jadi kenalah lebih berhati-hati,” katanya kepada mStar.
Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu.
Drama ini merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi Siti Nordiana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PH Dan PN Gagal Tubuh Kerajaan, Mengapa BN Yang Di Persalahkan?
- Muhyiddin Enggan Patuhi Titah YDP Agong!!!
- “Macam ni haaaaaa jadi PM” – Sajat
Dalam masa sama Atikah turut berkongsi pendapat bahawa kehadiran pelakon baharu masa kini adalah satu cabaran untuk dia terus kekal relevan dalam dunia seni.
“Saya suka melihat kehadiran lebih ramai pelakon muda sekarang ini. Malah saya sendiri suka ikut trend semasa seperti mana mereka lakukan di media sosial. Mereka mempunyai idea yang sangat kreatif.
“Melihat kehadiran mereka membuatkan saya sentiasa mahu ambil tahu supaya terus kekal relevan dalam dunia sendiri.
Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda. Jadi kenalah lebih berhati-hati
ATIKAH SUHAIMIE
PELAKON
“Zaman sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Kalau mereka lebih tertumpu kepada media sosial, saya pula sempat merasa menjadi penghias muka depan majalah,” ujarnya.
Bercakap lakonannya dalam drama Aku Seorang Perempuan, Atikah berbesar hati apabila diberi peluang untuk membawa watak Siti Nor Aisya iaitu gambaran kepada watak Siti Nordiana.
Katanya, watak tersebut berbeza dengan mana-mana drama yang pernah dibawakan sebelum ini kerana setiap babak dan jalan cerita perlulah dilakukan secara berhati-hati agar ia dapat memberi gambaran sebenar kisah penyanyi itu.
“Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati. Tapi untuk watak ini perlulah berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat. Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka Akui PPBM Tidak Mampu Saingi BN Dalam PRU 15
- Mas Ermieyati Kecewa, Abdul Hakim Makin Di Senangi Anak Muda
- Kenyataan Rafizi terhadap Azam Baki, SPRM sepatut lapor Polis ugutan terhadap Penjawat Awam.
“Antara cabaran terbesar dalam drama ini ialah saya perlu menjadi seorang ibu. Ini adalah pengalaman pertama dan saya tidak biasa,” jelasnya.
Aku Seorang Perempuan merupakan arahan Hashim Rejab turut menampilkan pelakon lain seperti Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan Hasnul Rahmat bersiaran di TV9 sejak 19 November lalu.
Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu
Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan
- Surat ‘Sulit’ BN tersebar, siapa bocorkan?
- Ismail Sabri antara punca BN kalah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :